Pages

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

assalamualaikum..

lamanya tidak update belog huu.. kesibukan yang melanda menyebabkan kekangan waktu untuk berlama-lama depan lappy ni mm..

semua pun alasan semata untuk sedapkan hati hoho.. last week ke Lahad Datu, buat operasi di sana. 1st time masuk Felda. memang betul la kawan cakap, masuk felda ni macam masuk dalam kampung bunian haha. betul. bayangkan la sepanjang-panjang perjalanan LD - Felda tu hanya ada pokok sawit saja. sampai d felda tiba-tiba ada beberapa bangunan. siap ada maybank dan pejabat pos lagik hehe.. hebat jugak la orang felda ni. biarpun terpinggir dari bandar tapi dorang pun ada pembangunan jugak.

ok lupakan pasal felda. malam ni 1st tarawih, InshaAllah. dan InshaAllah akan solat d masjid yang baru siap. aku angan-angan dulu, kalu siap masjid ni, aku pun mo dirikan masjid jugak!hahaha.. amin~

ok itu saja untuk kali ni. jumpa lagik lain kali~


SALAM RAMADHAN~

Malam 1 -
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



p/s: aku sudah dua bulan tidak pegang jarum dan benang! erk~


Monday, July 4, 2011

apa yang penting, KERJAsama!

assalamualaikum...

ok 2nd day kerja masih lagik terkontang-kanting dengan suasana kerja yang berbeza dari yang sebelumnya. aku lupa mau amek gambar masa 1st day melaporkan diri tempoh hari mm. tapi tidak mengapa lah. sebab masa 1st day hari tu kami bukan buat apa pun. lagipun 1st july tu kan hati jumaat jadi masa kerja pun kurang lah.


kamilah gadis pom-pom yang baru~

tadik pagi kami ada assembly. macam budak iskul jugak every monday hohoo tapi perhimpunan ni sebulan sekali saja. dan kami semua di minta perkenalkan diri masing-masing di hadapan. huuu mau kecut perut jugak lah. lain yang di rancang mau di cakap, lain pulak yang keluar dari mulut ni huuu menci! mungkin akibat daripada kencangnya degupan jantung bersamaan dengan rembesan adrenalin menyebabkan aku jadi tidak keruan! haha.. lupakan jak. tapi aku sangat terkilan dengan diri sendiri sebab tidak menunjukkan bakat bertutur depan pengarah. cis!cis!~


majlis perasmian kerusi dan meja baru~ hohohohooooo

dan tadik jugak kami sudah pun ditempatkan ke unit masing-masing. syukur ada jugak kawan se-unit ngan aku huuu.. tapik masa balik tadik kesian ngan kawan satu ni. dia sendiri jak budak baru di unitnya. sebenarnya berdua, tapi budak laki, jadi maksudnya sendiri la tu, tidak ada kawan mengumpat hahaha.. tapik yang sadisnya baru masuk keja sudah ada yang cakap-cakap belakang mm.. mungkin lumrah sudah kan. di mana-mana tempat kerja pun macam tu. entah-entah aku pun terkena jugak! minta-mintalah di jaukan huu.. nauzubillahminzalik..

sayalah tukang sapu opis~

untuk 1week ni kami hanya perlu study dulu pasal unit yang ditempatkan tu. sangat bohsaannnn~

1st page pun mau amek dua jam untuk faham. pengsan~

p/s : mungkin typical orang melayu dengki bila ada org melayu yang fluent berbahasa asing. dush~ dush~
pastinya bukan aku yang fluent itu~
ces~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...