Pages

Saturday, April 23, 2011

Jangan Bersedih..

Assalamualaikum
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

...Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
Walaupun sekelip mata
Dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
...Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


p/s: ingin berlari jauh!

Saturday, April 9, 2011

hobi or hubby

TEMPAHAN pertama sebanyak 150 unit pemegang kunci yang diterima daripada peniaga cenderahati di Kanada tahun lalu menjadi pendorong untuk terus terbabit dalam perniagaan kraftangan kain menggunakan teknik jahitan tangan.

Selepas lebih setahun menceburinya, aktiviti yang sebelum ini hanya hobi berubah kepada sumber pendapatan yang menguntungkan selain memberi kepuasan yang tidak terhingga.


Memiliki segulung ijazah dalam bidang marin biologi daripada Universiti Malaysia Terengganu, Nor Asmah Aziman, 27, sama sekali tidak pernah menyangka usaha menghasilkan kraftangan kain kini bertukar kepada perniagaan.

Menurutnya, berbekalkan kemahiran asas menjahit ketika belajar di sekolah menengah, dia menimba kemahiran terutama membabitkan rekaan, gabungan warna dan peralatan menerusi Internet.


"Untuk mendapat kemahiran, hampir setiap hari saya melayari Internet yang memaparkan pelbagai produk kraftangan kain jenis felt.


"Saya memulakan perniagaan dengan modal RM500 yang diberi keluarga dicampur dengan wang simpanan. "Dengan wang itu saya menyewa sebuah premis dan membeli peralatan seperti kain, benang dan beberapa barangan lain," katanya.

Perniagaannya kini beroperasi di Kompleks Dagangan Indera Mahkota, Kuantan. Selain menjual terus kepada pelanggan, dia juga menerima banyak tempahan menerusi Internet.


Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia kini menghasilkan lebih 10 produk kraftangan kain menggunakan teknik jahitan tangan seperti bantal, bekas pensel, sarung telefon bimbit dan pemegang kunci.

Produknya dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM3.50 hingga RM20 yang juga sesuai dijadikan cenderahati dan hiasan.


"Untuk kepuasan, pembeli boleh mencipta rekaan termasuk tulisan yang diinginkan dan memilih warna kain termasuk saiz dikehendaki.


"Ia siap dalam tempoh seminggu manakala bagi tempahan menerusi Internet, saya menghantar menerusi perkhidmatan penghantaran," katanya.


Setiap bulan dia mampu menyediakan antara 200 hingga 300 unit pemegang kunci bergantung kepada reka bentuk dan saiz dengan permintaan tinggi daripada golongan remaja.


Untuk menghasilkan rekaan yang menarik dan berkualiti, dia perlu kreatif. Gambar seperti kartun, haiwan dan tulisan turut memainkan peranan utama.


"Saya mengambil masa antara satu hingga lima jam untuk menyiapkan satu produk bergantung kepada rekaan. Ibu saya, Tuan Noorini Tuan Bahru banyak membantu setiap kali menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.


"Saya gembira usaha yang dilakukan ini mendapat restu keluarga walaupun ada pihak memperkecilkannya kerana menganggap ia tidak sesuai dilakukan oleh individu yang memiliki ijazah," katanya.


Nor Asmah juga yakin dalam tempoh tiga tahun akan datang produknya akan memiliki jenama sendiri.


"Minat dan kesungguhan dalam diri akan dijadikan landasan untuk saya terus berjaya meskipun selangkah demi selangkah apatah lagi masih cetek pengetahuan dalam bidang perniagaan," katanya yang pernah bertugas di beberapa syarikat swasta dalam bidang pengiklanan.


telah di copy bulatbulat dari myMetro

Mari berjuang bersama-sama!http://www.cute-smiley.com

oh! ya. cik Nor Asmah ni one of our member dalam facebook group RightBrainTHINKER - motif= tompang glemOoOr!!http://www.cute-smiley.com

Friday, April 8, 2011

hai. lama tidak berjumpa.

Assalamualaikum..

aku rasakan hari-hari ku semakin kucar-kacir. waaaaaa tidakkkk~
busy dengan class, homework kira-kira luwet, order yang bertimbun yang tidak tahu bila siapnya. kepada customers saya yang comel-comel lagik baik hati, di harapkan bersabar dan bertabah menunggu giliran anda di panggil ya huhuuuu.. hari ni just upload gambar yang sudah basi http://www.cute-smiley.com

ni signage door yang paling besar takat ni yang dibuat. sebesar baju mamak budak hoho..
untuk my auntie yang telah membuka cawangan kedai dobi baru di JB. harap2 business bertambah maju dan dimurahkan rejeki. aminnn.. nnt balek tawau ble belanja makan weee~



book-cover untuk kawan my niece. dengan sampul surat yang ble dibuka. nnt ble letak surat chenta dalam tu! opps! budak bawah umor belom boleh berchenta chentun, ok!


untuk kawan yang sedang hangat berchenta~
http://www.cute-smiley.com

ok itu saja untuk episod kali ni.
berjumpa lagik di lain siarannnnnnn~~~!!

p/s: hati yang letih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...