Pages

Sunday, February 27, 2011

berniaga lebih baik daripada menjadi pegawai

assalamualaikum semuaaa...

sangat lama tidak update belog kan? sangat sibuk menjahet huuu.. mana nak siapkan order, siapkan ready-made untuk meniaga pagi tadik kikikiikikii...

pasal tajuk tu, napa? tak percayaaaa? iyaaaa ada dalam buku



haaa... kan kan kan? bagi underline lagik kasi nampak hehehe... kadang-kadang bila rasa down dan tidak bermaya untuk fikir benda-benda yang di luar kawalan, aku suka baca buku motivasi. iya kedengaran macam kolot. tapi kadang-kadang benda ni lah yang menaikan semula semangat yang terbang dan hilang itu huhuuu



lagipun kalau buat benda yang kita suka dan minat ni memang lancarrrr saja. tapi tu la, kena tambah lagik 1, = RAJIN. ok. kalau minat tapi malas sama jugak tidak akan ada hasil.

ni la bukunya. sudah baca? penulis yang sama dengan 'La Tahzan'


adakah anda telah termotivasi?

ok. pagi tadik buat second time nya aku berniaga lagik di pasar minggu takada. dan Alhamdulillah ada jugak la duwet masyyuk tiheeee... lagipun kan orang baru gaji, jadi lancar jugak la duit yang mengalir wahahaha... tapi tadik memang best lah. mula-mula dulu memang kekok, duduk diam dan senyum saja. tapi tadi sudah pandai beramah mesra cewaaah ahahhahhaa...

biar mata mata macam panda, tangan macam sotong menjahet, badan bengkok macam udang, tapi hasil yang dapat tu sangat berbaloi dan buat aku..
senyummmm~ tak perlu kata apa- apa~
senyummm~ tak perlu kata apa-apa~



pakai meja yang ada dalam kereta hahaha.. kesian kan. kecik jak. ni saja jualan saya untuk pagi tadik huhuu.. tidak sempat nak menambah variasi..

wah baru aku terasa best gila berniaga nih. biasanya i malu-malu agagagaga...

tapi sekarang baru aku teringat...
besok aku ada TEST Advance Buss Calculation

*pengsan

waaaaaaaaa~~~ buka buku pun belommmmm~! tapi mata memang sudah tidak boleh berkompromi lagik. dia mau rehat!
besok pagi saja lah buka buku. saya kan pintar! *kembang-kembang hidung


p/s: aku macam tidak dapat khatamkan buku "La Tahzan" tu. ada sapa mau bacakan? saya sanagt lemah dalam bab2 baca membaca nih haisssh~





Saturday, February 19, 2011

Selimut Hati

assalamualaikum...

" sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir. iaitu Al-Azhar dan Sungai Nil. kerna tanpa Sungai Nil, tak ada Mesir, dan tak ada Al-Azhar.."

"aku juga suka Sungai Nil. kalau tak ada Sungai Nil. pasti tidak ada Mesir, tak ada peradaban. yang ada hanya gurun pasir. Kamu percaya jodoh Fahri?"

" iya.. Setiap orang memiliki.."

" jodohnya masing-masing.. itu yang selalu kamu bilang. aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. senangnya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh, yang diberikan tuhan dari langit.."

" bukan dari langit Maria, tapi dari hati.. dekat sekali.. "

bait-bait ayat dari filem Ayat-ayat Cinta ni kadang sangat menyentuh jiwa hukhuk.. sebenarnya aku baru tau ada kenalan family anak dia divorce. kesian kan.. tu la orang cakap, jodoh ni susah mau cakap. hanya Yang Masa Esa yang tau rahsianya.. jodoh tidak akan mengira tua, muda, kaya mahupun miskin. kalau Allah sudah tetapkan, biarkan kutub utara dan selatan pun akan bertemu.. kadang-kadang kawen atas dasar cinta pun boleh retak. aii Nauzubillah minzalik.. orang yang bercinta dan putus ditengah jalan saja hampir tewas dengan dugaan Allah, ini kan pula pasangan yang sah dan telah selamat di ijab dan kabul dalam suasana yang penuh berkat..

manusia berubah. dan semua orang akan berubah. cuba berubahan ke arah positif or negatif yang membezakannya.. jadi banyakkan lah berdoa semoga Allah menetapkan hati kita, dan semoga dilembutkan hati. kerana yang membolak-balik kan hati hanya Dia..

ahh entry yang sangat syahdu...
sudah semestinya bukan diri sendirik suda ni..

p/s: kadang-kadang terlalu banyak cerita divorce ni bikin takut jak..
ya Allah jauhkan lah aku dari semua ini..




beg sekolah saya

assalamualaikum...

selamat hari sabtu semua~
benci la hari ni pagi-pagi tidak ada bunyi sms huuu..

ok lupakan. hari ni mau upload gambar beg sekolah saya hoho~

sangat bersemangat untuk ke class wahahaha...
R for my name la hikhik..


oh ya bulan ni sangat la cepat masa berlalu. bukan cepat masa berlalu, maksud aku macam cepat betul bulan ni habis kan? sekarang ni pun sudah 19hb. padahal aku rasa bulan ni tidak sampai lima hari masuk class. banyak sangat cuti mungkin mmmm... ah cakap pasal class, homework tidak pernah buat! cet~

itu sahaja la. tidak ada mood hari ni huuu..
bai ~

p/s: lupakan lah saja diri ku bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijak seperti dulu kala~~~ oOoOoo~

Wednesday, February 16, 2011

e m o s i

assalamualaikum..

apa mau buat kalau tiba-tiba hilang mood?
mau menjahit pun malas..
apa lagik mau buat keja lain..
dalam otak hanya ada perkataan T I D U R...

otak ku sedang tidur walaupun mata ku sedang melihat screen laptop nih...

aku sedang stress. tapi tidak tahu pasal apa.
ok itu saja.
saya sedang dalam keadaan beremosi T___T


p/s: apa mau buat kalau tiba-tiba rindu melonjak?

sila jawap sendirik..

technician terjun

assalamualaikummm...

haaa semalam, tengah nak switch off lampu nak tido tiba-tiba..

tpak!

erk.. suis tu tercabut dari tempat dia. nasib baik sudah mau tido. terus terjun atas katil!

haa tu nampak??



pagi tadik baru beli baru then tukar sendirik!




tadaaaaaa
sudah tukar baruUuUuuu~


bapak cakap aku ganas sebab suis ble tacabut macam tu. huuu aku tidak bersalah.. dia yang nak tercabut!

p/s: besok ada kelas ka? macam malas. homework belom siap lagik! aiyak!


Tuesday, February 15, 2011

Ladybird n Domokun

assalamualaikum...

hari ni hanya nak upload gambar yang sudah lama terbang dengan tuan dia. lupa nak upload sini plak

yang ni order dari kawan lama masa dekat UMT dulu. dia nak bertunang.
dah selamat pun jadi tunangan orang weeee~


keychain domokun
saiz dia 2' x 3'
comel jugak kan!


ok itu saja untuk hari ni
bai!


Maulidur Rasul

Saat Nabi Muhammad S.A.W hampir wafat

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW


sumber penuh dari ILuvIslam


Monday, February 14, 2011

mencari rezeki

assalamualaikum...

ok. ahad lepas, semalam la. aku telah bertekad untuk meniaga di Pasar Minggu Takada, Tawau yah. wahhhh macam tidak percaya, kan kan kan!!

mula-mula tanyak ibuk..

" buk, bleka begerai di takada?"
"aa? buat apa? ishh ndak payah la.. "

hampa..

tapi aku terus jugak buat kraf ni untuk di jual d pasar minggu nanti..

1day before,

ibuk: aik napa sikit jak di buat? napa ndak buak tempat2 hp tu?
aku : erk? ok2!!

seee? ibuk memang macam tu. selagi belom nampak kesungguhan memang tidak menyokong. tapi aku tau ibuk sentiasa sokong huhuuuuu...

masa di pasar minggu pun, ada jirang2 yang nampak aku pun macam tidak percaya ke-ber-ada-an ku meniaga di pasar minggu. apa aku tidak boleh cari rezeki ka?

ya ya mau jugak tau camana payahnya cari rezeki... memang sangat payah!

tapi 1st day memang best. tukang teman saya adalah = kakak saya @ ibuk wawa @ buruh paksa
ahahhahaa kami bawa jugak wawa n safiyah. dan hasilnya bukan kami menjual, tapi kami yang banyak mengeluarkan wang huu.. lebih banyak pengeluaran banding yang masuk! wakakakkaa...
nampak nugget, mau.
nampak cotton candy, mau.
nampak air buah best2, mau.
nampak kueh sedap2, mau.
semua mauuuuuuuuuu~~!!!
aiyak!! manyak lugiiii oOoOoooo


ahahha tapi ada jugak la hasil.. biasalah, bukannya terus boleh laku kan. lama-lama orang akan noticed jugak kehadiran kita huhuuuu...



oh! yah.. tidak lupa di ucapkan Telima kaseh cinta~ untuk segalanya~ hukhukkk bukan bukan!.. Terima kasih banyak2 jugak kepada kakak2 yang membantu saya time ahad lepas. kakak senior yang begerai agak lama tu sangat peramah dan baik. sangat risau aku kenak panas heheheeee..


ni gambar siang tadik sebelom pgi kelas. wawa sangat excited begambar ngan auntie nya yang comel ini wahahahhaa

oh yah, saya sun-glass barUuUuUuu~

p/s: badan macam patah2, bekerja sampai lewat malam. memang bukan diri sendiri lah!

Kisah Kursus Kahwin

assalamualaikum...

minggu ni sangat busy. ada temu janji dengan uztat2 di Muis ngee... ya ya tentunya bukan aku yang nak kawen. belum ada rezeki lagik. sebelum kawen kena pegi kursus kawen yah. even soploh tahun lagik, preparation nak kawen kena ada agaggagaa... dan aku rasa macam dah di atur oleh Allah, aku cuti sekolah 1week dan dengan jayanya selamat ke kursus kawen ni
http://www.cute-smiley.com

jangan tidak tahu, sebelum kursus bermula ada duapolohh soklan kawen agama kena jawap. sapa gagal tidak boleh kawen! ahhahah kejam.. soklan2 tu hanya sekadar nak tau pengetahuan kita saja. alaa soklan time2 sekolah dulu, budak derja dua pun ble jawap! http://www.cute-smiley.com

masa jawap soklan, tengok jari orang kiri kanan suma pakai cencen. jari aku? kosong! ini tak boleh jadi... time rehat pukul doblas tu aku balek ruma dah pakai cencennnnnnnn yeay!!!
motiff?http://www.cute-smiley.com

ok hari pertama pertama kursus hanya cerita warming up pasal procedure kawen. nak kawen kena ada itu ini, bla bla bla... ustat dia pun agak pelawak jugak. mungkin nak hilangkan boring kami weee... sapa la tahan duk berjam-jam dengar ceramah..

lepas dari kurus ni baru tau napa dia di wajibkan bagi mereka2 yang nak kawen. dulu aku ingatkan saja2 jak dorang nak buat kursus ni. tapi sebenarnya ada baik nya. banyak benda dibelajar contohnya hak2 isteri aiseh~ kuikuikuiiii ustat2 yang bagi ceramah tu pun ada jugak bagi nasihat yang best. dan menjadikan yang suka marah ni jadi baik dan penyabar~ *wink2

sebenarnya banyak benda best yang nak di kongsikan, tapi aku dah lupaaaaa~ waaaaaaaaa~ maklumlah dah lanjut usia hukhuk~.. kongsi gambar kegembiraan jak la ngee...


di luar hujan yang betul2 hujan. bukan hujan renyai-renyai~
tapi tidak pedulik, gambar tetap posing comel T__T



kami!


yay!! sudah boleh kawen~

p/s: banyak orang banyak ragam, banyak wang hantaran banyak yang botak! wakakakka.....

Monday, February 7, 2011

Merah

assalamualaikum..

hari ni dah hari isnin. semua budak-budak sekolah, termasuk cousin yang ku Cik Bintang yang Freak yang rindui sudah mula bersekolah setelah cuti seminggu waahahhaha.....tapi saya masih cuti lagi weeeee~ asik~~ minggu depan baru start class hohoOoOoOoooo~

ok hari ni nak upload gambar buku jurhat , book covers untuk my friend n her kekanda, sempena besday kekanda dia (sama befday ngan aku!)

berkehendakan kale merah n putih seperti dibawah..

comel?
sebenarnya kering idea huuu
ni saja yang termampu,
harap tuan badan syukaaaaa~lalalalalaaaa~


dan hadiah untuk mereka berdua! yay!

1st time buat design macam nih. macam comel jugak kan? ngeee..

ok itu sahja
bai!

p/s: hari rabu ada kursus!


Sunday, February 6, 2011

No Title

assalamualaikum...

" Dia (Muhammad) berkata, ' Ya Tuhanku, berikanlah keputusan dengan adil. dan Tuhan kami Maha Pengasih, tempat memohon segala pertolongan atas semua yang kamu katakan' "
Surah Al Anbiya' ayat 112



picture from Dory&Fillet

p/s: terasa ingin berlari jauh!

p/s/s: hati, tolonglah bersabar...



Saturday, February 5, 2011

26

assalamualaikum..

today is

5 February

im getting older than yerterday...

hukhukkkk

tapi saya tetap menten comel http://www.cute-smiley.com


kepada yang wished from sms dan fb,
a bunch of THANKS

kepada yang lupa wish,
telima kasih jgk. di kasi ingat baru ingat huu..

kepada yang belum wish (erk?)
masih boleh wish wakakakkaa...

kepada yang belum bagi hadiah,
pun masih diterima hohohoh...

kepada.. er kepada...

kepada... kepada kekanda... erk!
mana cencen barlion sayaaaaaaaaaaaaa???

kepada rakan bloggers,
meh saya kongsikan kek bersama~
weeeeeee


yah nama dalam mykad adalah seperti di atas :)
pengakuan di hari lahir :p

p/s: semoga semuanya kan baik-baik saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...