Pages

Thursday, January 13, 2011

cerita semalam..

assalamualaikum...

wah wah excited aku nak study...
semalam nak kemas untuk pegi sekolah. cari calculator, jumpa! tapiiii minta maaf ya cik, bateri kong! hampeh~ calculator saintifik pun ble abis bateri di kerjakan oleh ku.. pastu cari beg.. yang jumpa hanya beg lama yang dah koyak-rabak tepi dia (menunjukkan saya adalah orang yang setia dan baik hati simpan beg sebagai kenangan! cet!) buku? ada.. jangan buat malu famili cakap tidak ada satu pun kertas dalam rumah. tapi tu pun kena bongkar buku dan fail2 lama. sukur ada jugak terselit A4 paper dalam tu!

ok. kelas tadik berjalan lancar. dugdagdugdag aku nak masuk kelas. almaklumlah, kakak sudah lama tidak bersekolah. wahahahaaaaaa... dan dugaan yang paling tetap, aku adalah student paling comel senior. terima kasih! tapi saya tetap muda remaja~~
http://www.cute-smiley.com

dan paling bersyukur... ada 1malay girl dalam kelas! yay! aku sebenarnya dari semalam lagik berdoa harap-harap ada la budak melayu. tau-tau saja di Tawau ni, majority yang amek course LCCI ni adalah budak Chinese!

balek dari kelas tadik terus cari buku dan pen. nampak sangat aku sudah lama tidak bergelar pelajar huhuuu...

baiklah, semoga hari-hari yang mendatang akan cerah dan bersinar hendaknya. dan semoga aku akan bertabah!



p/s: aku macam nak pakai beg pack Barbie pegi kelas!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...