Pages

Monday, January 31, 2011

keychain ST vs SS

assalamualaikum..

wah macam lama tidak hapdet belog.. saya ahmad syibok~ syibok ngan orang kawen dan order yang terbengkalai huuu...

dan hari ni baru nak muatnaik kan gambar keychain yang sudah selamat sampai ngan tuan dia ngeee
keychain ni dari pvc + felt.
tuan dia nak pvc supaya lebih tahan lama. lagi pun nak gantung dengan kunci keta, kena lah yang tahan lasak sikit.


cuba teka kereta apa?
.
.
.
.
.
.
.
.


sama?
hoho hampir 99.981 % sama, kan!
sapa cakap tidak sama, sumpah dia jadi keta vios! waahahaha.....

p/s: gembira homework suda siappp!! tersangat rajin pada jumaat lalu abis kelas terus wat homework agagagagga~


Saturday, January 29, 2011

Sabariah

assalamualaikum..

hari ni mau mengamok~
waaaaaaaaaaaa~!!!!
benci nya~!!!

tadik baru jak balek dari kedai alat jahitan d tawau ni (kalu aku cakap nnt kenak saman pulak! wakakkaka). mau cari pen yang air erasable tu. hari tu pernah beli, ok. second time beli, k.o! dakwat pen tu sudah kering rupanya! cis! cis! cis! abis duwet aku tujuhinggit! dan tadik, aku tidak belajar dari kesilapan lalu, pegi jugak beli pen tu di kedai yang sama. waaaaaaaaaaaaaarrggg~!!! tidakkkk..

aku cakap, " dek ble ka terai dulu pen ni? ari tu beli kering sudah ink nya"
" ala ndak ble kak. bukak kira jual"
huh! kededut mau mampus! tapiii... aku beli jgak! sampai jak dalam keta, aku terus buka plastik dan terai. yes! that's all!!!! aku ndak akan pegi lagik beli barang kedai tu! aku dapat pen yang sama lagik dan rugi lagik!

sabar.. sabarr.. aku macam mau tukar nama terus jadi Sabariah!

moral of the day: SILA BELAJAR DARI KESILAPAN LALU!

ok bai!
mau makan banyak-banyak kasi hilang stresssss!



p/s: hari ni banyak kenduri kawen mau pegi. muka kena maintain xble marah2 nnt nampak kedut.


p/s/s: sorry kalu mengamok terus keluar slang daerah agagagagaga...



Wednesday, January 26, 2011

episod bengong

assalamualaikum

kenapa acc blogspot saya macam nih?
waaaaaaaaaaaaaarrrghhh~!!!!!


anyone can help?
biasanya dia terus ngan acc blogspot. tapi tatau napa jadi mcm nih. nak follow orang pun kena fikir dua tiga empat lima kaliiiii~

waaaaaaaaaaa~!!!!

p/s: adakah aku yang buta it? ho?
jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



Tuesday, January 25, 2011

oh di manakah dikau?

assaamualaikum...

hari ni hari selasa. hari yang sangat tidak best. kelas pagi pun sempat lagik mengantok tahap gaban. ya Allah.. tuhan saja tau betapa beratnya mata ini tadik.. kalu bisa aku aku terjun dari tingkat6 atas tilam kan best!

dan hari ku pun berlalu dengan lembabnya seperti sekarang ni. menunggu waktu isyak bagaikan menunggu subuh esok!. ya sah-sah la di tawau ni 7.27pm baru masuk isyak.. kalu negeri lain mungkin baru masuk magrib. cepatla isyak, aku nak tido lapanbelasjam!
assolatuhairum minannaummmmmmmmmmm~~

dan lagik hari ni dan semalam, mood menjahid tidak kunjung tiba...
oh dimana kah dikau berada kanda~
jari pun sudah keras dan kaku!..

semoga esok pagi membawa hari yang lebih ok dan ceria weeee~
dan juga semangat untuk wat homework! erk!


bilakah saya bisa bersoping sakan tak hengat dunia lagik?
bersama IBU-IBU genit. penegasan bagi huruf besar supaya tumpuan kepada yang gadis saja! wakakakakaka

p/s: semakin hari semakin tua~

Monday, January 24, 2011

naik lagik

assalamualaikum...

kenapa hari ni baru aku perasan barang naik? iyaa barang naik! bukan bawang di pasar saja yang naik, barang yang lain juga naik. waaaaa~ barang jahit juga naik~
punca?? http://www.cute-smiley.com
Tawau jugak kena tempias rupanya..

terus mood berubah.

dulu aku tidak amek kisah pun bawang naik, minyak naik. gula naik. hantaran naik. eh hantaran naik aku kesah wakakakkaa.... tapi sekarang kena pandai berjimat. pegi kelas naik basikal jak la!

tapi bukan semua barang yang naik. aku saja nak memberontak sebab kedai nyonya tu kejam. asal baru saja aku masuk kedai dia, dia dah sibuk-sibuk macam nak halau aku kuar. hello nyoya, saya bukan mo culi lu punya barang laa..

shopping online juga yang tidak membebankan :D
but must beware..

peace ~ peace~
marilah bershopping sementara masih ada uang! dan er.. sementara masih ada discount sale Chinese New Year!


p/s: tidak sabar untuk bercuti CNY nanti ~

Sunday, January 23, 2011

ayuuuuuu

assalamualaikum...

hari ni, hari ahad. hari minggu. hari berlibur. harii.. er..hari.. hari yang sangat bohsan. sepanjang hari Tawau di basahi dengan airmata dari cik awan yang dari pagi tidak pandai berenti. tapi hatiku tidak dibasahi dengan airmata ok. hanya dibasahi dengan rasa jeles tengok gambar-gambar Ayu Raudah dan Zakuan Adha! ciss~

boleh ka nanti InsyaAllah kawen aku nak baju macam Ayu Raudah nih? tudung? er kalu boleh nak labuh sikit. tapi bunga tu.. gerrrrrrrrr aku tak boleh tahan! aku memang nak macam tu!! plesss~


pic: Beautiful Nara

baju dia ni memag comel. skirt dia jangan cakap la. kembang payongg~
tengok gambar dekat bawah nih, kain dia boleh nampak kembang time dia bersimpuh. tapi kalu aku nak patah pinggang jugak la kalu duduk lama2 macam nih haisshh~

colour dia pun sweet~
waaaa~


pic: Beautiful Nara

cakap pasal tudung, tudung macam nih yang best! ahaha tudung Vispera nama dia. cah~ ala2 arab gitu~

pic: koleksi Vispera

ok tamat. titik. jangan duk berangan!
esok ada class!

p/s: kenapa aku cakap pasal benda kawen nih? oh tidak~





Friday, January 21, 2011

otramen taroOoo

assalamualaikum..

wah balik kelas terus online! iyaa tidak sabar nak upload gambar otramen taro. otramen taro ka jugak namanya ni? adek beradik dia jugak laaaa ngeee...

cik Rina nak gambar otramen macam nih. cute kan!
mari kita transform kan ke bentuk felt


hohoOOo~
akulah otramen kacak yang menakluk hati para gadis-gadis~


dan juga hp case. hp case ni ada dua layer.
for more protection untuk Iphone kesayangan tuan punyaa
juga menggunakan zip untuk memudahkan amek hp...



tidak ketinggalan, Shawl clip butterfly!


ok itu saja, bai!

p/s: minggu ni tadak kejarumah! hoooreyyyyyyyyyy~!!!!


Thursday, January 20, 2011

i love Fasha!

asssalamualaikum...

haaa? apa? Fasha? iyaaaaa I love Fashaaaaaaaa wahahahahaa.....

ni la Fasha ku

Fasha Batrisyia!
haa nampak name tag tu?
auntie dia plak rasa teruja nak sekolah balek waaaaaaaaaaaaa

tisya sudah masuk tadika 1~
syukur tahun ni dia dah ada semangat nak pegi sekolah, tahun lepas masih 4tahun memang liat betul kalu suruh pegi sekolah.. mm budak budak~



ok memandangkan sudah bersekolah, jadi Tisya pun bersetuju untuk potong rambut. rambut panjang nampak rimas untuk budak2 cam Tisya. lagipun dengan badan yang sihat itu, memang nampak sangat rimas!

tadaaaaaaaaaaaaa~
comelkan saya~
tp kenapa feeya nampak sedey?
feeya pun baru potong rambung sama ngeee


wawa saja yang tidak dibenarkan potong rambut atas sebab2 tertentu hohohoo
nak rambut macam Barbie~
panjang ikal mayang~


p/s: macam lama tidak berblogging. bz. ampun~


Monday, January 17, 2011

mini cooper cik LisaAli

assalamualaikum..

sejak study ni, aku rasa hari2 ku bertambah kucar-kacir! mana nak siapkan order, nak buat homework lagik. waaaa tidakkk~ hari ni kelas petang, jadi rilek sikit pagi ni. tapi homework belom siap ok. huhuuu...

ok. keychain ni adalah kepunyaan cik Lisa Ali. sangat sabar menanti kehadiran keychain dia ni dan sangat peramah ahahaaa.. oh lisaaaaa~ dia order keychain kereta. dan aku bercita-cita nak buat keychain kereta tu bentuk Mini Cooper. adakah kelihatan seperti kereta Cooper ituuuu?



apa? langsung tidak?
cuba tengok sekali lagik...



sama??

oh tidak... ia sepertinya kelihatan seperti...



erk!

tapi cik Lisa sangat sukaaa~
telima kaseh lisaaaaa lop u lah!


p/s: kerja or study? yang manakah pilihan anda? saya pilih untuk tidak memilih! waaaaaaaaaaa~~~



Thursday, January 13, 2011

cerita semalam..

assalamualaikum...

wah wah excited aku nak study...
semalam nak kemas untuk pegi sekolah. cari calculator, jumpa! tapiiii minta maaf ya cik, bateri kong! hampeh~ calculator saintifik pun ble abis bateri di kerjakan oleh ku.. pastu cari beg.. yang jumpa hanya beg lama yang dah koyak-rabak tepi dia (menunjukkan saya adalah orang yang setia dan baik hati simpan beg sebagai kenangan! cet!) buku? ada.. jangan buat malu famili cakap tidak ada satu pun kertas dalam rumah. tapi tu pun kena bongkar buku dan fail2 lama. sukur ada jugak terselit A4 paper dalam tu!

ok. kelas tadik berjalan lancar. dugdagdugdag aku nak masuk kelas. almaklumlah, kakak sudah lama tidak bersekolah. wahahahaaaaaa... dan dugaan yang paling tetap, aku adalah student paling comel senior. terima kasih! tapi saya tetap muda remaja~~
http://www.cute-smiley.com

dan paling bersyukur... ada 1malay girl dalam kelas! yay! aku sebenarnya dari semalam lagik berdoa harap-harap ada la budak melayu. tau-tau saja di Tawau ni, majority yang amek course LCCI ni adalah budak Chinese!

balek dari kelas tadik terus cari buku dan pen. nampak sangat aku sudah lama tidak bergelar pelajar huhuuu...

baiklah, semoga hari-hari yang mendatang akan cerah dan bersinar hendaknya. dan semoga aku akan bertabah!



p/s: aku macam nak pakai beg pack Barbie pegi kelas!

Wednesday, January 12, 2011

permulaan yang baru

assalamualaikum...

maafkan di atas kemalasan untuk hapdet belog. perasaan yang bercampur baur mengakibatkan seluruh anggota badan turut merasainya (motif?)

ok di pendekkan cerita. di awal tahun 2011 ni aku telah bertekad untuk sambung belajar. err bukan sambung belajar sebenarnya. ada ayat lain sebenarnya yang lebih sesuai.. tadik aku dah selamat mendaftar untuk amek course LCCI. untuk apa benda ni? masa aku daftar tadik pun orang macam pelik tengok aku. ya im a degree holder, tapi tidak salah jugak untuk amek LCCI yang setaraf ngan diploma nih kan?.. masalah di tawau ni memang sangat lah berat. mungkin degree yang aku ada tidak sesuai untuk kerja d Tawau (yaka?) kesimpulannya sila lah cari kerja di luar kawasan anda!. tapi aku sangatlah mahlasss..



aku sebenarnya mau perbetulkan benda yang telah aku onarkan. wahh.. ayat.. juga ingin memperbaiki kehidupan agar tidak dipandang remeh. ceh~

jadi harap-harap aku akan bertahan selama setahun ni untuk belajar semula. otak aku sudah mula berkarat, tulisan pun macam budak derjah satu. adakah aku masih ingat lagik bendalah akaun nih? hoomaigot...~ baik aku selongkar buku akaun lama yang telah berdebu.. fuhh fuhhh~

esok aku dah mula start class. harap-harap semuanya berjalan lancar. er persoalan dibenak, adakah aku bakal student yang paling comel senior? ohhh tidakkk~ saya masih muda remaja lagik. bulan depan baru genap umur suku abad+1 wahahahhahaaaa.... sila congak sendirik!

dan sekarang aku tengah pening memikirkan order felt craft yang belambak yang belum di siapkan lagik. tidakkkkk~~


p/s: doakan saya lulus exam! erk! adakah terlalu awal untuk di doakan?


Sunday, January 9, 2011

buku jurhat

assalamualaikum...

hai semua~ hari ni dah hari ahad. ada AJL la huhuuuu... aku pastinya sokong FT! Febri Tales Faizal Tahir laaaa hohohooooo maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamoOOOOoooOO~hukhukhuk...

ok hari ni dah siapkan bukur jurhat untuk my bff. aku dulu pun selalu buat buku macam nih. tapi dah lama tabuat sebab malas dan hanya membangkitkan kenangan lama. cet! persetakan itu zaman jahiliah silam yang kelam! o' Ooo ada orang marah~ tapi betul besh dulu kalu tulis-tulis dalam diary la lebih kurang ngehngehngeh...

ok ini lah dia buku nya..
sebelum di make over.. hee


dan inilah hasilnya setelah di make-up! hohohoOOo

kalu dulu buku sekolah ku terutamanya subjek sejarah macam nih,
confirm aku dapat A1!
miahahahahaaa...

oh ya SJ tu bukan Sejarah ya. itu adalah huruf pangkal nama tuan punya nih
Salma&Jumadi
ok!

err dan jugak...
5 itu adalah tanda 5tahun ya (wooo!)
bukan 5 orang anak.

nota cinta :

'Never explain yourself to anyone..
because the person who likes you doesn't need it,
and the person who dislikes you won't believe it..'

ahh syahdunyaaaa~ curik dari status FB myfren! opss!


Ayeen's Craft Giveaway

assalamualaikum..

wahhh tadik godek2 belog jumpa giftaway ngeee...



teruja tak nampak benda-benda ni? hohoho sangat!
cik tuan punya belog ni adalah Ayeen from Sungai Petani , Kedah..
katanya dia saja suka2 buat giveaway ni, ble tambah semangat dan tambah kenalan ngee.. sangat sweet buat giftaway ni. harap-harap la dapat! ngeeee...

giveaway ni terbuka untuk semua golongan belog tidak mengira sama ada belog kraf atau belog makan-makan. malah tidah mengira usia mahupun jantina hehe... oleh tu Ayeen dah sediakan hadiah dia dalam dua jenis. mari tengok.

A- CRAFT PACK
1- kain felt x 8 pcs
2- mix round button 10mm x 24 pcs
3- ribbon ( grosgrain + printed ) x 3 meter
4- keyring x 3
5- pin brooch x 3
6- hp straps x 2
7- wiggle eye x 4 pairs

B- CUTE PACK
1- love keychain x 1
2- bookmark x 1
3- flower hp straps x 1
4- buku bajet harian x 1
5- ribbon brooch x 1
6- klip kertas comey x 1
7- note book comey x 1


dan syarat-syarat dia adalah:



Ayeen's craft

1- jadi follower blog ayeen ni dan letakkan link blog ayeen kat blog.

2- buat entry pendek / comel tentang giveaway ni + gambar kat atas ni boh skali...

3- tinggalkan komen kat entry post ni tentang penyertaan ini, dgn link skali..

4- telima kaseh~


cepat-cepat!

4-20 January 2011!


Friday, January 7, 2011

ptptn ujrah

assalamualaikum..

semalam aku terima surat dari ptptn. glup! ya ya saya belom abis bayar lagik.. tapi tengok tajuk surat dia,

Tawaran Pertukaran Pinjaman Kepada Pembiayaan Ujrah

apa benda la Ujrah ni? ok kalu rajin boleh check sendirik kat PTPTN







oh rupanya nak tukar dari 5-4% kepada 1%... sukur la nak. naik gila jugak aku tengok penyata ptptn tu. nak bayar kos perkhidmatan saja ntah bila nak abisnya. cis! ni dah kurang-kurang ni harap bayar hutang la cik wahahaha...

ok sapa nak kemas kini boleh apply kat Ujrah

p/s: sama-samalah membanteras gejala lupa bayar hutang~ kuikuikui... bayar eh!

Thursday, January 6, 2011

pencil case

assalamualaikum...

at last.. siap jgk pencil case ni setelah berhempas pulas bagaikan hampagas! haha.. biar jari luka, asal jangan hati luka! kuikuikuiii apapaaje~

agak lama jugak la hendak menyiapkan benda-benda ni. sibuk dan malas bercantum menjadi...
1Malaysia~! ngeee...







ok kalu ada yang dah jatuh cinta. cepat-cepat bagitau!
bai!

p/s: semakin hari, semakin mahlashhhh~!


Beauty's Rival at the Palace

assalamualaikum

wah wah.. aku rasa ramai yang minat ngan cita Beauty's Rival at the Palace tu. memang ramai pun yang minat kan? sapa minat angkat kening!!!! haaaa.. tu kan ramai ngeeee....

ok kita layan dulu ini~



sapa-sapa yang nak tengok scenes yang ter missed tu ble tengok kat sini jgk. tapi no subtitle la kuikuikuikui~

nanti i terai my besh cari info pasal ni ok. tata~!

p/s: cita dah nak abisss~!

Wednesday, January 5, 2011

main jawap-jawap

assalamualaikum...

ok ni dari kawan aku sebenarnya. mari jawap sama-sama

5 perkara berlaku serentak dan perlu ditangani segera.

1- air mendidih kat dapur..

2- air paip melimpah kat bilik air..

3- baby menangis

4- telefon terbunyi

5- ada orang ketuk pintu

pilih perkara yang anda buat 1-5 bermula dari yang paling penting sekali....

p/s : jangan meniru!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok. sudah jawap?
boleh tengok jawapan dibawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


cara anda memilih pasangan anda




1- air mendidih
= anda mementingkan keselamatan dan kebolehan si dia membimbing anda

2- air paip melimpah
= anda pentingkan kekayaan, wang ringgit dan harta

3- baby menangis
= anda pentingkan cinta dan kasih sayang

4- telefon berbunyi
= anda pentingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasanagn

5- ada orang ketuk pintu
= anda pentingkan paras rupa , fizikal dan personaliti



dont cheating ya..
jawapan aku masa jawap ni

1-3-4-2-5
hohohooooo sila tafsir sendirik!


p/s: oh! sesungguhnya aku sangat perlukan pembimbing!


p/s/s: ok ini hanya ramalan, jangan percaya sangat. tapi percayalah, aku memang baik hati! agagagaaa

it's Elmo

assalamualaikum...

hari tu aku nampak Iphone case ni sangat la best. lagik best kalu aku sendirik ada Iphone! miahahahaa.. tp aku macam tidak minat Iphone nih (ceh ayat cover line..)

tengok dari sini

pastu, kebetulan ada kawan nak minta buatkan hp case untuk Iphone. terus teringat Iphone case tadik! maka, tercipta dan terjahitlah benda nih.. dengan memberi hadiah iaitu ibujari ku yang cedera hukhuk.. tidak mengapalah, memang begini kalu mau maju. ciss~!!

tapi kawan aku ni dia mau ada gambar Elmo hohohooo
mula-mula buat macam muka monster. dua kali buat, betul-betul macam cookies monster harharharrrrrr~


Dan cik Juliana sudah pun selamat menerimanya... weeeee~~~~




ok itu saja. bai!

p/s: kenapa malas update belog ni?! &%$&#$@%#%$!!!


Monday, January 3, 2011

sekolah oh sekolah!

assalamualaikum..

macam lama tidak update belog kan? kesibukan yang melanda mengakibatkan badan lambat bertindak balas terhadap rangsangan dari otak. apakah yang aku merepek nih?

ok hari ni merupakan hari pertama persekolahan. ada dua orang anakbuah aku yang baru naik tahun 1,dorg ni bersepupu.

ni anak kak indah
danish

"bagi tengok mbahnya. danish orentasi. macam dia jak paling besar ni ahahha" sms dari kakak
badan dia memang besar, masa tadika pun dia yang paling besar. badan macam budak dah derajah tiga!



ni plak anak kak rina
Azree dan Najlah
Azree tahun ni dah masuk Tahun 3
Najlah baru masuk Tahun 1

baik betul anakbuah aku ni. dulu aku time sekolah agama saja pakai tudung. pegi sekolah kebangsaan terus hilang tudung! miahahhaaaa... tapi sekarang dah insap!
tapi aku dulu tidak ada beg Barbie macam budak2 sekarang nih. cis!


aik? sudah ada kawan?
hahah ni sebenarnya anak kawan kakak aku. kebetulan sama-sama anak masuk tahun 1 di sekolah yang sama.
kenalkan, ini Batrisya..
Selamat Berkenalan!


anak aku? insyaAllah sepolohtahun lagik ok. sila bersabar wahahhahaaaa... terasa macam nak pegi sekolah balek huhuuu..

p/s: dulu time sekolah aku selalu berbaris dalam kelas paling belakang. sebab aku paling tinggi!!yay!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...