Pages

Friday, November 11, 2011

Anak kampung

assalamualaikum...

siapa pernah dengar lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat ?



selalu dengar lagu ni di radio² tempatan Sabah saja. di semenanjung tidak pasti pulak..
dan tadi baru tau ada version gegel (baca: gadis) pulak ngee...

jom layan!

Sunday, November 6, 2011

Pelangi di mata mu..

Assalamualaikum



Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita,
lalu DIA datangkan guruh dan kilat...
Puas kita menangis...
menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..


p/s: sanggup berhujan(baca:gerimis) demi Pelangi yang indah itu..


Patah Seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


Sunday, October 23, 2011

duniawi

assalamualaikum




Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun ; 11)

waktunya telah tiba

assalamualaikum



mungkin sudah tiba masanya...

ya, waktu yang di tunggu telah tiba..

dan semua isi alam terpaksa menerimanya dengan redha...

semoga Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan benar...



p/s : maafkanlah cinta!

Saturday, October 15, 2011

Kisah Seorang Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.


Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.


Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amiin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.



Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah…

Moral: Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Al Mu'min : 40)


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah :)

“Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia.” (Surah Yasin : 82)


sumber dari : Ilmi-Islam

Saturday, October 8, 2011

Qalbi

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Link


copy dari Misteri & Keajaiban Alam

Monday, October 3, 2011

Pukau

Terpaku.
terdiam tanpa kata
dunia seakan kosong, tidak bernyawa
mata celik namun kelihatannya dunia sangat gelap gelita..
jangan pernah berdusta
jangan pernah bermain dengan kata-kata
lidah setajam pisau, berwaspada lah..


nota: maafkan aku.

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

assalamualaikum..

lamanya tidak update belog huu.. kesibukan yang melanda menyebabkan kekangan waktu untuk berlama-lama depan lappy ni mm..

semua pun alasan semata untuk sedapkan hati hoho.. last week ke Lahad Datu, buat operasi di sana. 1st time masuk Felda. memang betul la kawan cakap, masuk felda ni macam masuk dalam kampung bunian haha. betul. bayangkan la sepanjang-panjang perjalanan LD - Felda tu hanya ada pokok sawit saja. sampai d felda tiba-tiba ada beberapa bangunan. siap ada maybank dan pejabat pos lagik hehe.. hebat jugak la orang felda ni. biarpun terpinggir dari bandar tapi dorang pun ada pembangunan jugak.

ok lupakan pasal felda. malam ni 1st tarawih, InshaAllah. dan InshaAllah akan solat d masjid yang baru siap. aku angan-angan dulu, kalu siap masjid ni, aku pun mo dirikan masjid jugak!hahaha.. amin~

ok itu saja untuk kali ni. jumpa lagik lain kali~


SALAM RAMADHAN~

Malam 1 -
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



p/s: aku sudah dua bulan tidak pegang jarum dan benang! erk~


Monday, July 4, 2011

apa yang penting, KERJAsama!

assalamualaikum...

ok 2nd day kerja masih lagik terkontang-kanting dengan suasana kerja yang berbeza dari yang sebelumnya. aku lupa mau amek gambar masa 1st day melaporkan diri tempoh hari mm. tapi tidak mengapa lah. sebab masa 1st day hari tu kami bukan buat apa pun. lagipun 1st july tu kan hati jumaat jadi masa kerja pun kurang lah.


kamilah gadis pom-pom yang baru~

tadik pagi kami ada assembly. macam budak iskul jugak every monday hohoo tapi perhimpunan ni sebulan sekali saja. dan kami semua di minta perkenalkan diri masing-masing di hadapan. huuu mau kecut perut jugak lah. lain yang di rancang mau di cakap, lain pulak yang keluar dari mulut ni huuu menci! mungkin akibat daripada kencangnya degupan jantung bersamaan dengan rembesan adrenalin menyebabkan aku jadi tidak keruan! haha.. lupakan jak. tapi aku sangat terkilan dengan diri sendiri sebab tidak menunjukkan bakat bertutur depan pengarah. cis!cis!~


majlis perasmian kerusi dan meja baru~ hohohohooooo

dan tadik jugak kami sudah pun ditempatkan ke unit masing-masing. syukur ada jugak kawan se-unit ngan aku huuu.. tapik masa balik tadik kesian ngan kawan satu ni. dia sendiri jak budak baru di unitnya. sebenarnya berdua, tapi budak laki, jadi maksudnya sendiri la tu, tidak ada kawan mengumpat hahaha.. tapik yang sadisnya baru masuk keja sudah ada yang cakap-cakap belakang mm.. mungkin lumrah sudah kan. di mana-mana tempat kerja pun macam tu. entah-entah aku pun terkena jugak! minta-mintalah di jaukan huu.. nauzubillahminzalik..

sayalah tukang sapu opis~

untuk 1week ni kami hanya perlu study dulu pasal unit yang ditempatkan tu. sangat bohsaannnn~

1st page pun mau amek dua jam untuk faham. pengsan~

p/s : mungkin typical orang melayu dengki bila ada org melayu yang fluent berbahasa asing. dush~ dush~
pastinya bukan aku yang fluent itu~
ces~



Thursday, June 30, 2011

new nephewww

assalamualaikum..

tiap kali dalam toilet mesti terfikir mau update belog. tapik bila jari sudah di atas kibot, idea terus hilang. ditambah dengan kemalasan untuk menaip menambahkan lagik bersawangnya belog ni huuu...

minggu lepas pegi kl ngan ibuk n bapak. kakak sulung aku bersalin dan dapat baby boy. syukur semua nya berjalan lancar dan my nephew pun sihat+gendut!


"hi antie2 n angkel2~ "

tapik sebelum ke kl tu, ada panggilan telefon yang selama ni aku tunggu~ huhu.. yah akhirnya aku di lamar! haha di lamar kerja laaa.. syukur jgk la dapat di tawau jak. semua free wahahahahahaha (ketawa jahat, tukang habiskan beras ibuk di rumah~)

dan semalam aku terima lagik panggilan yang sama, panggilan kejaaa.. tapik dengan berat hati terpaksa di tolak sebab aku dah terima lamaran yang pertama tadik tu hukhuk.. yg ni tempat kawan aku jgk, dia yang tolong aku dapat interview sana. sorry tidak ada jodoh mungkin kan heee..

ibuk selalu jugak cakap, kalu belum ada rezeki, memang susah. apply mana-mana pun masih tidak berjaya. tapi bila Allah dah buka pintu rezeki tu, mencurah-curah sampai kita pun tidak tahu mau pilih yang mana. yang penting jangan sampai lupa dengan nikmat-Nya..

dan esok adalah hari pertama aku kerja (bestnya masuk keja hari jumaat dan sabtu adalah cutiii~) doakan semoga segalanya berjalan lancar yah!


"kecomelan dan kegendutan baby boy masih tidak dapat menandingi keCOMELan saya hahahahahahahah"

er tiap kali time-time macam ni aku selalu jadi bengang. seharian duk tengok tv n facebooking saja. mau menjahit pun sudah tidak ada semangat @ malas. huuu tolong~ toloooonnnggggg~


p/s: nampaknya aktiviti menjahet kena di kurangkan mmm..



Monday, June 13, 2011

cuti sudah habis

assalamualaikum..

ok currently in Tawau again. setelah beberapa hari merayapkan diri di Kota Jeselton ( baca: Kota Kinabalu) interview dua hari yang aku rasakan tidak akan mempengaruhi atau dengan kata lain, baik jangan tunggu. mmm.. ada sedikit give up di situ. disebabkan ada degree menyebabkan berkemungkinan akan di reject. yala ini post untuk spm-stpm saja. tapi aku apply pun guna spm jugak huuu.. kalu kedapatan memang dorang akan reject. punyalah susah cari kerja kan? tambah-tambah di tawau ni, memang terpaksa jugak duk rumah tunggu pinangan. erk!



kamilah finalis AF dari smk tawau~

from left: iwan. inang. me. madi

(iwan classmate dari form 2-5. tiba-tiba jumpa di interview yang sama membuatkan kami kembali ke zaman kanak-kanak. yay!)

( madi pun kawan sekolah dari form2-5 tapi kami berjiran saja hoho)

(inang. erk kawan baru jumpa. dia ni muda dari kami bertiga tapi kelihatannya saya lebih muda~ yeay~)

minggu sebelumnya pun ada interview lhdn tawau. tapi untuk sambilan saja. mau keja ka tidak? baik ada or tidak ada? pun susah jugak mau pilih kan? tapi ni lah interview paling best. tidak sampai 10 minit dalam bilik interview ahahahaa.. maximum setiap orang hanya 5-7 minit. sukur jugak la, kalu tidak memang kecut perut menunggu soklan2 yang bisa pecah perut! dan dan dan.. berkemungkinan besar ada harapan ( inshaAllah)
http://www.cute-smiley.com

tapi yang tidak best nya, terpaksa berhenti amek Lcci huuuu... nasib baik sudah habis exam book keeping. sebenarnya masih mau sambung. tapik tadik sir cakap kalu mau sambung part time, tahun depan baru habis. dush! dush! tidak sangggguuuuppppp~~~~!!!
jadi terpaksa lah rehatkan diri ternak lemak dulu di rumah. alah kalu ada rezki mau sambung belajar, mesti ada tu kan kan kan....

ok tu saja update yang sudah basi dari saya. erk lupa mau update gambar feltcraft! lariiiiiiiiiiiiiiii


p/s: mau tukar no.phone tapi berat hati. asi ka?



Friday, June 3, 2011

Tazmanian Devil!

assalamualaikum..

selamat hari jumaat semua~
hari ni cuba untuk upload gambar-gambar order yang lepas. kalu tersempat akan d muatnaik kan lagik yang lain ok.

hari ni mau bertemakan Tazmanian Devil. order dari kawan lama, cik Suzi ~ telima kaseh~



ok ni adalah Tissue Case



sit belt cover
(erk betul ka?)


dan signage car
yang ni macam gagal sikit. erk!


ok itu saja.
bai!


p/s: perangai lelaki memang sukar di mengerti! huh!


Thursday, June 2, 2011

Mari berjimat!

assalamualaikum...

hari ni mau share something yang berguna dan boleh belajar berjimat! haha.. kalu tidak ada budget mau beli bakul untuk ribbon yang banyak itu boleh la cara ini di aplikasikan ngeee
http://www.cute-smiley.com

mari kita mulakan!

mula2, lupa mau amek gambar sebelum potong tadik. dush! dush! lukiskan tempat yang mau di potong. kalu macam ni, saya hanya kira tapak kosong tu. ikut la mau kecik or besar saiz ribbon.

nampak ka garisan pencil tu?



ok kemudia dia akan jadi macam ni. lebih kurang macam ni lah..


kemudian, if sudah habis gunting-gunting bakul kecik ni, masukkan ribbon yang suda berpintal-pintal itu huhuhuuu...


macam ni.. tapi masih nampak tidak kemas, kan?


ok kita ikat tali yang di atas tu supaya nampak kemas.

macam ni... haaa kan nampak kemas!



ok done!


kalu rasa terlampau penuh dengan ribbon, boleh la buat lagik dua or tiga ikut kerajinan haha..


kesimpulannya, jangan buang door gift org kawen hahaha mungkin ada kebaikan or kegunaan di masa hadapan contohnya masa kekurangan budget macam ni hoho
http://www.cute-smiley.com


p/s: baru balek dari interview yang paling sempoi. 7min saja! hahaha... doakan saya berjaya!weee~

Friday, May 27, 2011

welcome back!

assalamualaikum...

yea~http://www.cute-smiley.com
akhirnya cik vaio bernyawa balik~
rasa macam sudah dobalas tahun pulak tidak godek-godek lappy ni hikhik..
yea yea~
boleh edit-edit gambar sudaaaa~
boleh upload gambar sudaaaaaa~
boleh tengok-tengok belog sudaaaaa~
dan
lappy berhabuk sudaaaaaa~



http://www.cute-smiley.com

oh saya juga happy sudah habis exam Lcci level 2 hikhik.. di tambah dengan cuti dua minggu yang asik~ boleh menjahit sampai patah jari~ weeeeeeee~

p/s: ada interview 2hb ni. tapi hati rasa sangat tidak best. dush! dush!


Wednesday, May 25, 2011

Kitab Cinta

assalamualaikum


oh tidak~
im so excited!
sebab Fazura berlakon pakai tudung dalam cerita ni ngeee..



Astro Tv Alhijrah ni macam channel baru rasanya. kan kan? kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari Tv Al hijrah

ok itu saja.
doakan untuk exam saya jumaat ni! huhuuu...

Friday, May 6, 2011

Kembalikan Jiwaku

assalamualaikum

oh tidakkkkk~ kenapa jiwaku di seksa sebegini rupa? Ya Allah tolonglah hamba mu iniiiiiii..waaaa~~
kenapa disaat aku memerlukan dia perlu sakit2 sebegini?dan memerlukan aku untuk menggantikannya dengan yang lain? ini tidak adil!! setelah sekian lama kita bersama, kenapa perlu ganti dengan yang lain huuuuuuu tidakkkkkk dan dan dan dan dan dan yang paling tidak adil, kenapa harus lain jugak harganya? cis cis cisssssss...

adapter laptop buat hal pulak. tiba-tiba(erk?) tidak boleh berfungsi. malam semalam masa off laptop nampak ok saja. tiba-tiba pagi nak on tidak boleh pulak waaaaa..dan harus diganti tidak boleh repair huuuuu... dan kalu adapter lain harga dalam 150++ tapik kenapa ini harus sampai 400++ waaaaaaaa..
*pengsan!



nampaknya saya harus bekerja keras demi jantung hati ku ni. hari-hariku suram tanpanya huuu... ni pun pinjam laptop my niece atas belas kasihan mereka huhuuu

p/s : time laptop sakit ni la aku tiba-tiba rajin mo upload gambar segala namun hasrat terbantut sebab semuanya ada dalam laptop yang sedang koma itu!

p/s/s: sapa2 yang baik hati boleh la tolong belikan saya~ ~ peace2~~

Saturday, April 23, 2011

Jangan Bersedih..

Assalamualaikum
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh di tahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

...Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
Walaupun sekelip mata
Dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
...Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


p/s: ingin berlari jauh!

Saturday, April 9, 2011

hobi or hubby

TEMPAHAN pertama sebanyak 150 unit pemegang kunci yang diterima daripada peniaga cenderahati di Kanada tahun lalu menjadi pendorong untuk terus terbabit dalam perniagaan kraftangan kain menggunakan teknik jahitan tangan.

Selepas lebih setahun menceburinya, aktiviti yang sebelum ini hanya hobi berubah kepada sumber pendapatan yang menguntungkan selain memberi kepuasan yang tidak terhingga.


Memiliki segulung ijazah dalam bidang marin biologi daripada Universiti Malaysia Terengganu, Nor Asmah Aziman, 27, sama sekali tidak pernah menyangka usaha menghasilkan kraftangan kain kini bertukar kepada perniagaan.

Menurutnya, berbekalkan kemahiran asas menjahit ketika belajar di sekolah menengah, dia menimba kemahiran terutama membabitkan rekaan, gabungan warna dan peralatan menerusi Internet.


"Untuk mendapat kemahiran, hampir setiap hari saya melayari Internet yang memaparkan pelbagai produk kraftangan kain jenis felt.


"Saya memulakan perniagaan dengan modal RM500 yang diberi keluarga dicampur dengan wang simpanan. "Dengan wang itu saya menyewa sebuah premis dan membeli peralatan seperti kain, benang dan beberapa barangan lain," katanya.

Perniagaannya kini beroperasi di Kompleks Dagangan Indera Mahkota, Kuantan. Selain menjual terus kepada pelanggan, dia juga menerima banyak tempahan menerusi Internet.


Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia kini menghasilkan lebih 10 produk kraftangan kain menggunakan teknik jahitan tangan seperti bantal, bekas pensel, sarung telefon bimbit dan pemegang kunci.

Produknya dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM3.50 hingga RM20 yang juga sesuai dijadikan cenderahati dan hiasan.


"Untuk kepuasan, pembeli boleh mencipta rekaan termasuk tulisan yang diinginkan dan memilih warna kain termasuk saiz dikehendaki.


"Ia siap dalam tempoh seminggu manakala bagi tempahan menerusi Internet, saya menghantar menerusi perkhidmatan penghantaran," katanya.


Setiap bulan dia mampu menyediakan antara 200 hingga 300 unit pemegang kunci bergantung kepada reka bentuk dan saiz dengan permintaan tinggi daripada golongan remaja.


Untuk menghasilkan rekaan yang menarik dan berkualiti, dia perlu kreatif. Gambar seperti kartun, haiwan dan tulisan turut memainkan peranan utama.


"Saya mengambil masa antara satu hingga lima jam untuk menyiapkan satu produk bergantung kepada rekaan. Ibu saya, Tuan Noorini Tuan Bahru banyak membantu setiap kali menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak.


"Saya gembira usaha yang dilakukan ini mendapat restu keluarga walaupun ada pihak memperkecilkannya kerana menganggap ia tidak sesuai dilakukan oleh individu yang memiliki ijazah," katanya.


Nor Asmah juga yakin dalam tempoh tiga tahun akan datang produknya akan memiliki jenama sendiri.


"Minat dan kesungguhan dalam diri akan dijadikan landasan untuk saya terus berjaya meskipun selangkah demi selangkah apatah lagi masih cetek pengetahuan dalam bidang perniagaan," katanya yang pernah bertugas di beberapa syarikat swasta dalam bidang pengiklanan.


telah di copy bulatbulat dari myMetro

Mari berjuang bersama-sama!http://www.cute-smiley.com

oh! ya. cik Nor Asmah ni one of our member dalam facebook group RightBrainTHINKER - motif= tompang glemOoOr!!http://www.cute-smiley.com

Friday, April 8, 2011

hai. lama tidak berjumpa.

Assalamualaikum..

aku rasakan hari-hari ku semakin kucar-kacir. waaaaaa tidakkkk~
busy dengan class, homework kira-kira luwet, order yang bertimbun yang tidak tahu bila siapnya. kepada customers saya yang comel-comel lagik baik hati, di harapkan bersabar dan bertabah menunggu giliran anda di panggil ya huhuuuu.. hari ni just upload gambar yang sudah basi http://www.cute-smiley.com

ni signage door yang paling besar takat ni yang dibuat. sebesar baju mamak budak hoho..
untuk my auntie yang telah membuka cawangan kedai dobi baru di JB. harap2 business bertambah maju dan dimurahkan rejeki. aminnn.. nnt balek tawau ble belanja makan weee~



book-cover untuk kawan my niece. dengan sampul surat yang ble dibuka. nnt ble letak surat chenta dalam tu! opps! budak bawah umor belom boleh berchenta chentun, ok!


untuk kawan yang sedang hangat berchenta~
http://www.cute-smiley.com

ok itu saja untuk episod kali ni.
berjumpa lagik di lain siarannnnnnn~~~!!

p/s: hati yang letih..

Sunday, March 27, 2011

buzz buzz busy

assalamualaikum

lamanya tidak tidak update belog huuu.. macam biasa, sangat busy dengan class n order. pagi tadik jualan d Pasar Minggu Takada lagik, sudah dua minggu rasanya tidak ke sana. dan ramai telah merindui ku~ ahahaha.. betul! napa jugak tidak ada yang percaya ni? T__T

ok lupakan. ini adalah di antara customer comel ku tadi hehe.. comel kan~
yang satu ni sangat peramah dan hepi time di gambar. mak dia tanya mahu yang mana, semua dia angguk kan hahah.... tapi yang second ni sangat pemalu uuuu~




alolooooOoOoo semuanya comel macam kakak jugak! opps~

ok tu saja untuk hari ni. mau update gambar tapi saya sangat rajin malas!



p/s: untuk incik P5, semoga Allah memberkati mu sepanjang menjadi tetamunya.. amin..
lapanjam yang sangat lama! haisssshhh!!


Saturday, March 19, 2011

No Messages

assalamualaikum

sanggupkah anda mendelete peti masuk anda yang selama dua tahun disimpan?

er.. ini adalah jumlah pesanan masuk tidak termasuk yang sudah di delete

ok ready

Mark all

delete.




masih boleh cancel lagi kalu sedang bertukar fikiran


comonnn .. comonn..


apa dalam fikiran?


mungkin masih boleh selamat lagik


atau mungkin tidak


ok anda sudah terlambat!


sekian, terima kasih! jumpa lagik!

p/s: hidup adalah perjuangan!
sila pandang depan. tengoklah orang yang masih sayang anda. ek!

Wednesday, March 16, 2011

Oh Merong!

Assalamualaikum..

kenapalah sangat malas update belog.. maaf, saya sangat bz plak minggu ni. pening nak siapkan order customers huhuuu..

ok lupakan. hari senin lepas bersama-sama cousin terchenta pegi tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. memang best lah! memang rasa tidak cukup tengok sekali. dan aku rasa ceritanya macam pendek betul. iya betull hee.. lebih kurang satu jam empatpoloh menet saja. tapi memang best lah.. aku suka part ummi nazira cakap..

"raja kami lah yang jaga kami nanti.."

hahah.. macam sedap jak bunyik nya dia cakap gitu ngeee..


stephen rahman - merong mahawangsa
ummi nazeera - embok
khir rahman - kemawas
gavin stenhouse - marcos





ke-excited-tan kami terserlah sampai amek gambar pun tangan vibrate hahaha...
kami lupa mo amek gambar tukang blanja kami tiket wayang hoho..

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kamu berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama
(betul ka tu?)

p/s: sapa sudah tengok, angkat mouse!


Wednesday, March 9, 2011

cewek inside!

assalamualaikum..

haha comel?
cewek adalah membawa maksud gadis~


ok tu saja.
bai!

Thursday, March 3, 2011

gadis itu! gerrrrr

assalamualaikum...

bingung..
iya bingung mau buat order yang mana dulu.. yang kecik dulu or yang besar di dahulukan? or yang wat banyak profit dulu ngeee...

ngantok dan penat tapi kena paksa badan jugak huuu.. semua dah tanya bila barang nak siap. sorry.. ampun ampun... saya hanya seorang gadis yang ada dua tangan untuk menjahet huhu.. kalu saya ada tangan macam sotong kurita, ble sehari ble siap doblas hp case lapanblas pencil case! haaa itu hanya kalauuu..

ok. lupakan benda di atas. semalam hari rabu, macam besa, tidak ada kelas. jadi senang la aku nak mengurus benda-benda yang perlu di settle kan. jadi ceritanya, semalam aku pegi bsn tawau. iyaaa beli no.pin dpli.... nasib belom ramai orang dalam bank. time turn aku kena panggil...

" dpli yah.."
" ndak da sda dpli. DP suda.." gadis bsn tu bagitau..
aku dengan muka blur..
" aaa? iyalah dpli."
" bukan, sekarang dpli ni under upu, bukan maktab"
"er.. iya ok." terima kasih ya gadis. saya bukan 1st time isi bendalah ni...
"suda kerja ka? " mungkin dia cuba bersikap ramah..
"emm?.. belom.." lambat aku jawap...
" duduk ruma jak la? " aii ni suda lebeyyyy
"err.. iyah.. " pun lambat dan teragak-agak...
end of conversation.

apakah yang anda dapat daripada berbualan di atas?


yesss!!! napa jugak ko nak sibuk aku keja or tidak? siap tanyak duk ruma saja.. huhh nasib tidak lama di kaunter semalam. hangen aku... ikutkan hati aku nak jawap..

" iyah duduk rumah jaga anak lapanorang, husband ndak bagi keja.."

haaaa kan senang. mesti dia diam. huh. benci

ok lupakan. think positive.. think positive..



p/s: Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena yg demikian itu menyebabkan kegelisahan yg tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjahui keluhan,kesedihan,dan kerinduan.Dan demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan,keterputusan,dan keterpisahan.Betapapun yg demikian itu adalah tanda kehampaan hati

p/s/s: aku curik di atas dari fb member!

Tuesday, March 1, 2011

seluar kotak!

assalamualaikum..

sapa yang pakai seluar kotak?

haaaa...

spongebob saja yang pakai seluar kotak ahahahha..

pencil case ni untuk adek Khair Zulzaim. mungkin baru tahun 1, sekolah cina tu.. dia sendiri yang tulis nama dia nih ngeee.. tapi aku hentam saja tulisan nama cina dia tu betol or tidak ahahaha... yang penting ada nampak tulisan cina, jadi lahhhhhh~ dia nak semua kawan2 spongebob! haaa nak patah jahet semua? patrick dan gary ni saja pun dah patah..



ni untuk kakak Khair plak, Wawa..


ok tu saja. banyak lagik yang belom muat naik. sila bersabar yah
bai!

p/s: semakin hari, semakin rajin! hah! amazing~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...