Pages

Friday, December 24, 2010

Polis Tawau Cari Muzakkir Bantu Siasatan Pembunuhan Doktor

assalamualaikum..

Tawau - Polis Tawau sedang mengesan seorang lelaki bernama Muzakkir Abdul Hak bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang doktor klinik swasta di Taman Bunga Tulip di sini 8 Dis lepas.

Pemangku Ketua Polis Tawau Supt Imran Abdul Rahman berkata polis memerlukan kerjasama lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bagi melengkapkan siasatan berhubung pembunuhan Dr Lim Tow Kiat, 49, yang dijumpai mati di rumahnya pada 9 pagi.

Lim, yang berasal dari Johor, dipercayai mati akibat perselisihan faham.

Imran berkata alamat terakhir Muzakkir ialah di TB 3653, Taman Ria 1, Tawau.

Orang awam yang mengenalinya diminta menghubungi ASP Afendy Main di Balai Polis Tawau.

sumber : bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...