Pages

Wednesday, December 15, 2010

Polis kenal pasti pembunuh Dr. Lim

KOTA KINABALU: Polis mengenal pasti suspek utama dalam kes pembunuhan doktor terkenal di Tawau minggu lepas.

“Kita akan tangkap suspek secepat mungkin,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Hamza Taib kepada New Sabah Times kelmarin.

Hamza berkata, beliau sudah mengarahkan anggota-anggotanya untuk menanah seorang ‘lelaki ‘yang beliau enggan dedahkan identitinya, untuk membantu polis menahan suspek utama yang dimaksudkan.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata, bukti- bukti yang dikumpul dalam siasatan yang sedang berjalan sekarang menunjukkan motif pembunu- han itu adalah ‘jenayah nafsu’.

Seorang doktor swasta, Dr Lim Tow Kiat, 49, dijumpai mati di rumahnya di Taman Bunga Tulip pada 8 Disember lepas dengan tangan dan kakinya diikat.

Polis percaya, Dr Lim yang masih bujang di- bunuh lapan jam sebelum mayatnya dijumpai oleh rakannya pada hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mayat mangsa mengalami beberapa kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan benda keras.

“Kami fikir dia dibunuh oleh orang yang mengenalinya kerana tidak ada tanda-tanda pecah masuk ke dalam rumahnya,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta penduduk Tawau agar tidak panik kerana kes itu tidak berkaitan dengan beberapa kejadian rompakan yang berlaku di daerah itu baru-baru ini.

Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber: NewSabahTimes


p/s: saya sangat takooot~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...