Pages

Friday, December 31, 2010

kerajinan melanda

assalamualaikum...

maafkan diatas ketidaksempatan untuk meng-hapdet blog. macam sibuk betul minggu nih. kalah datuk bandar wahahahahaaaa... tulang empat kerat saya sangat penat. juga macam bekerja dibawah matahari. bau pun sudah macam bau matahari! ahahahaaa... dulu time sekolah, cikgu selalu marah. kalau dah lepas time rehat, semua masuk kelas bau matahari katanya agaggagaaa..

aktibivi hari ni ialah : Menjahit!

pagi tadi kidnap mesin jahit ibuk. hohohooo... tapi oleh kerana menjahit hanya sebulan sekali, maka banyak jahitan lari dari landasan keretapi huuuu... penat kena tetas balek. benci!


sila abaikan objek2 di belakang mesin jahit.

sebenarnya mau jahit semua yang dibawah nih. tapi dah semput hukhukhuk.. ada tiga pencil case dan satu uncang.


tapi yang siap hanya ini!

syukur la nak! ada jugak hasil untuk hari ni huhuuuu. pandai sudah menjahit dan aku dah boleh take over Butik ibuk! miahahahahahahahahahahaaaaaaaaa

bila kerajinan melanda, bilik pun macam dilanda angin kuat.
kepada bakal suami saya, mahupun bakal boipren saya, sila berbangga di atas kerajinan saya menghambuuuurrrr mengemas bilik ok. ini menunjukkan saya sangat rajin mencari uang untuk membeli handbag&kasut pampers untuk anak2.


kesian laptop. macam mainan jak beli dua hinggit!
tapi ini adalah untuk kebaikan bersama. menjahit sambil berblog! wahahahaaaa...
silap hari bulan laptop aku kena jahit! padan muka aku.


ok itu saja untuk hari ni.
Selamat berhari Jumahat
Selamat Bercuti
Selamat Tahun Baru
dan
Semoga Semuanya SELAMAT!


p/s: batuk belom reda lagik. tonsil bengkak. ni adalah akibat daripada perbuatan sendirik. minum lagik berais! sila minum sampai pengsan lagik! waaaaaaaaaaaa~~!!!


p/s/s: Tahniah juga untuk Pasukan Bola Malaysia!
ibuk yang tidak pernah tengok bola juga teruja tengok bola malam rabu tu! harharharrrrammm~





Wednesday, December 29, 2010

Gorgeous Flower Clip for you

assalamualaikum...
wah wah.. betapa saya sangat busy! (disebabkan kemalasan sendiri) siapkan order orang seharian semalam dan hari senin lepas. nasib baik sempat siap kikikikiiii...



shawl clips

dan di saat-saat akhir, barang dari Jajakraf jugak sempat sampai ke rumah b4 semuanya 100% siap!
syukur la nak!
ada jugak button. kalau tidak, pening lagik cari button huhuuu

button kuning itu kelihatan seperti yolk! wahahahaa.. sebenarnya aku sangat gumbira semalam sebab dapat buat Rose ituuuu~ sudah lama aku cari tutorial dia, syukur semalam dapat jumpa miahahahhaaaa (ketawa dengan berlagak hebattt~ cisss!)



p/s: hari ni macam semalam jugak. kena marathon buat feltcraft! tolOng~


Sunday, December 26, 2010

Riang Ria Orang Kahwin

assalamualaikum...

fuhhh hari ni penat tahap gaban. pagi tadi pergi picnic dengan my sis's family and cousin saya yang kurang hot dari saya. tapi hari ni just nak kongsi gambar-gambar persandingan teman-teman seperjuangan dulu huuu...

Kartini & Yazid
photo by: AlbumKasih


Sabrina & Ijan
photo by: Shahnan


ni time nikah


kami yang belum berkawen masih hOt!


Fatma & Nik
photo by: sayayangcomel!




seronokkan tengok gambar orang kawen. best.
boleh buat inspirasi dan semangat untuk kawen awal wakakakaaa..

p/s: cerita dan gambar picnic akan d post pada esok or lusa or hari2 yang saya freeeee huhuu..
kerja berlambak banyak tak siap lagik! huuwaaaaa~


Friday, December 24, 2010

Polis Tawau Cari Muzakkir Bantu Siasatan Pembunuhan Doktor

assalamualaikum..

Tawau - Polis Tawau sedang mengesan seorang lelaki bernama Muzakkir Abdul Hak bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang doktor klinik swasta di Taman Bunga Tulip di sini 8 Dis lepas.

Pemangku Ketua Polis Tawau Supt Imran Abdul Rahman berkata polis memerlukan kerjasama lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bagi melengkapkan siasatan berhubung pembunuhan Dr Lim Tow Kiat, 49, yang dijumpai mati di rumahnya pada 9 pagi.

Lim, yang berasal dari Johor, dipercayai mati akibat perselisihan faham.

Imran berkata alamat terakhir Muzakkir ialah di TB 3653, Taman Ria 1, Tawau.

Orang awam yang mengenalinya diminta menghubungi ASP Afendy Main di Balai Polis Tawau.

sumber : bernama

Wednesday, December 22, 2010

awards dabel trabel

assalamualaikum..

hari ni terasa gumbira sikit sebab dapat awards dari MamaJnJ lalalalala~ (sila berikan tepukan)

tajuk award ni ialah Interesting Blog's Award ( ceh interesting la kali~ )
gambarajahnya adalah seperti berikut ya murid-murid..



kemudian sila jawap tanpa meniru dengan 350948747 patah perkataan
Nama Belog dan Kenapa anda letak nama itu
er.. nama belog? nama-belog-saya-ialah- Isephia. saya-memilih-nama-ini-adalah-kerana-eerr-kerana-kerr-kerrr-keranaaaaa... bopren saya dulu adalah vokalis SO7 - Duta...
kan dah bocor rasiaaa.... saya sangat suka minat cinta lagik sayang dengan lagu Sephia ituuuu...
hey sephia~malam ini ku takkan pulang~ tak usah kau mencari aku~... demi cintamu~ok cukup.

URL belog anda dan dari mana datangnya idea itu
http://gincupurple.blogspot.com/
emmm dulukan (sekarang jugak masih!) saya adalah peminat setia Gol&Gincu dan of course la sebab terpengaruh dengan Fazura ngeeee... purple tu sebab er.. saya adalah peminat susah nak mati kale purple~~ huuu.. org cakap kale janda. yaka? dulu la. kalu aku pakai baju pepel jak, mesti orang tegur macam tu.. ish ish ishhh.. mesti dorang jeles tengok aku pakai pepel kan wahahhaaa (jadi kalu warna datin apa? aku nak jugak!)

Apakah kaedah dalam penulisan belog anda?
kaedah? adui.. boleh escape nih?
kaedahnya dulu sebab saya bosan-bosan. suka cakap sendiri. suka tulis diari..
dulu kan famous orang tulis-tulis dalam diari. tapi dalam diari macam-macam boleh hambur. dekat belog ni, boleh jugak tapi bahasa kena tapis dulu wahahahahaa..
(adakah saya menjawap soalan dengan baik?)

Apa perasaan anda bila tengok beloh orang cantik dan menarik sedangkan belog anda tidak.
kejamnya soklan nih..
perasaan saya bercampur baur suka dan duka. hohoo.. tidak lah.. er kalu tengok belog orang cantik mesti rasa..

"wow.. bestnya belog ni. dia ada macam-macam lah.."

kalau tidak pun mesti melihat dan membaca dengan tekun sambil mulut ternganga.
macam nih http://www.cute-smiley.com
lepas tengok tu mesti tengok belog sendiri.. "ish ish kesiannya belog aku..tak canggih macam dia" dengan nada penuh dengan rasa naif dan innocent.

Bilakah belog anda diwujudkan?
ketika bulan agak kurang mengambang dan bintang agak hilang sinarnya..
September 2008.
wake me up~ went September ends~

Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower belog anda?
adeh fakor umur menyebabkan saya kurang.. kurang... kurangggg ingat. wahahahahaa.. aku lupa laaaaa... mungkin sepupu saya!
next!
Sila tag 5 orang lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat-syarat ini.
FreakyStar
Fazleeayu
JRY-Boonto
Pen Merah Pen Biru
RinaDoRina


award yang seterusnya adalaah bertajuk.. Belog Cantik dan Menarik~ dan gambarajah adalah sepeti di bawah di sebelah tengah ini



Kreteria ini diperlukan untuk belog-belog ditag mengambil award ini iaitu menjawab 6 soalan mencabar minda ini

Apakah pandangan anda terhadap belog yang tag belog anda untuk terima belog ini?
pandangan saya kabur-kabur lagik hilang tumpuan sebab orang yang tag ni berada di jauh dari pandangan saya. hahaha... belog mamaJnJ ni kompon la saya suka sebab kale kami sama weeee~ lagik pun mamajnj adalah penyelamat ku time keja dulu huhu. dialah orang pertama aku kenal time masuk office dulu. dan dia pun suka melukis! suka tengok lukisannya. terus teringat jugak dengan sketch yang pernah aku buat dalam diari duluuuu huuuu~

kenangan manis dalam hidup anda?
kenangan? erk.. otak ku macam rosak sikit akibat banyak benda yang terjadi. mudah2an masih ada kenangan manis di masa hadapan untuk di kongsikan. next!

kenangan pahit dalam hidup anda?
kenangan mana satu yang nak ni? tapi dalam banyak-banyak benda, aku sangat menyesal sebab terlalu ikutkan hati. ok lupakan!

Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
manusia mana pandai puas. aku pun macam mamajnj, perlu lakukan sesuatu untuk mengubah hidup cuma belum sampai masanya. dan aku percaya sangat dengan rezeki Allah ada di mana-mana. cuma mungkin belum sampai masa...
(sorry terskema pulak menjawap soklan2 di atas nih hoho)

Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai
kenapa 3 saja? aku mau tigajutaaaaaaimpiannnnnnnn~
1- keja tetap
2- ada business sendiri hoho~
3- op kos la saya mau hidup dengan orang yang tershayanggggg

Tag 5 orang untuk award ini
yang sama diatas tadi jak laa. ok.


p/s: macam menjawap exam spm jak aku!


makan Ice cream n cupcake

assalamualaikum...

waah saya telah bertungkus lumus memerah keringat jari untuk siapkan benda-benda dalam masa dua hari. sangat kejam cousin saya nih, mentang2 keluarga, mau cepat jak. wahhhh statement jahat~! oh tidakkk mahapkan daku.. main-main jak pun~ weeee~
terima kasih la Cik Yen order lagik, ada jugak duit soping tabung hohoOoOoo..

hp case ice-cream and cupcake!


macam biasa, ni adalah shawl clips yang comelll~
(lagik comel kalu saya pakai.. wahahahaaaa)


dan ini ialah keychain.
adakah ia kelihatan seperti kapal tangkap ikan titanic?

debusshhh debushhhh..

sound effect laut mesti ada agar kelihatan real. hem!



ok itu saja. jumpa lagik di lain siaran.
zassss!




Tuesday, December 21, 2010

Bandar Baru Titingan

assalamualaikum..

hoho rupanya Tawau akan ada Bandar Baru Titingan..

Tawau- Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan bandar baru yang di namakan Bandar Baru Titingan yang di jangkakan bermula pada tahun hadapan ( 2011 ) untuk fasa pertama nya. Projek yang diseliakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan usahasama sektor swasta tempatan iaitu Akar Budi Tuah Sdn Bhd ini menelan belanja peruntukan 1.5 bilion di atas tanah seluas 326 ekar yang terlat di kawasan Kg Titingan Tawau.




salah satu tempat yang akan di bina

nak tau lebih lanjut,
kelik sini Tawau
(malas nak taip hoho)

oh ya, hari tu pernah terbaca (ble plak TERbaca!) blog somebody yang aku pun sudah lupa sapa ahahha.. dia cakap dia pernah di tanya dengan org peninsular malaysia,
" bila nak datang Malaysia?"
MALAYSIA?

untuk pengetahuan, Sabah is one part of MALAYSIA hohoooo..



mungkin dia fail geografi masa form 3 kuikuikui... (kejam sungguh fitnah ini! Ampun..)


p/s: bila la mau siap nih.. kali tunggu aku beranak lapan! wakakakaa..

Sunday, December 19, 2010

Domokun on Board

assalamualaikum...

Tiada apa yang meng-happy-kan diri (untuk hari ni) selain dari mendapat penghargaan (penghargaan ka? macam salah ayat nih tau.. sorry, BM saya fail!) daripada kawan saya yang merangkap customer saya, Encik Arma Noramin (nama sebenar)

beliau telah menge-send gambar Tissue case Domokun ni setelah Domokun ni selamat menyeberangi Lautan Antartika China Selatan


wah~
sangat hepi(untuk seketika) bila dia hepi jugak~
telima kaseh sekali lagik!

p/s : hari yang sangat menguji jiwa!
zasss!!!




Saturday, December 18, 2010

kekasihku di ambil orang

assalamualaikum...

wah jarang-jarang aku update time-time macam nih hohooo..
aku baru balek dari orang kawen sebenarnya. penat dan ngantok..
tapi aku kuatkan semangat untuk menaip walaupun dengan mata tertutup! (tolonglah percaya..)

tadik yang kawen adalah senior aku seperti yang telah dimaklumkan dalam entry sebelum nih. dia jugak merupakan anak kepada kawan ibubapa saya . jadi tadik kami pergi bersama-sama.(sorry terskema plak)

me: ibuk. ibuk mau pegi mana?
ibu: orang kawen, anak Bu Kusmadi (panggilan orang jawa memang macam nih)
me: hoo? iya iya c Wan! (nama sebenar)
ibu: iyakan, bukan satu sekolah ka dulu?
me: iyah senior ku huhuuu...
ibu: ayok la ikut..
me: okeh (dengan suara kecewaaa sebab dia sudah kawen dulu dari aku.. wakakakaka boleh ka macam tu?)

aku ni jarang nak ikut ibu pergi tempat-tempat macam tu. bukan sebab tidak mau orang cop aku anak ibu. tapi sebab takut kenak soal soalan yang menguji minda dan jiwa lagik membina dari kawan-kawan ibu huuu..

dulu time sekolah memang aku minat ngan dia nih. tapi dia tak layan aku huuuu.. mentang-mentang aku baru naik form 1 dan dia masa tu sudah form3 terus sombong tanak layan. cet~
(sebenarnya dia tak tau pun, aku jak lebih-lebih. maklumlah kejutan budaya naik form 1 dan jumpa abang-abang kacak!)

kenapa aku rasa dia tidak berubah?
i mean, dia lah. dari time sekolah dia memang besar macam nih
atauuuuuuu....
aku saja yang telah membesar dengan sihatnya sebagai juara?!
oh nOooOOoo~

apapun semoga happy-happy hey bersama isteri tercinta huuu..
ok aku tak jeles

tak puas hati sebab tak dapat bergambar dengan pengantin lelaki.
maka ni saja yang sempat!
peace peace~


ok bai! semoga mimpi indah!

p/s: wah tajuk entri bakal mengundang taufan dan banjir!

countdown

assalamualaikum...

adeh sabtu yang sangat bohsan..
keluar masuk bilik, naik turun rumah, asyik cari bahan "ngemil' jak..
camana mau diet kalu mulut tidak pandai berenti menguyah!
saya gemok, saya ok.

( jangan percaya, saya adalah selim melim lagik cantik ayu jelita macam Rita Rudaini! wakakaka... tipu~)
http://www.cute-smiley.com

ok tadik tiba-tiba buka album lama. fuhh fuhh~ berhabuk!
gambar time muda remaja, (sekarang pun masih muda remaja ok) time study duluUuUuUuuu~
dulu time nak exam, aku lah paling busy. bukan busy belajar. busy buat calendar sendiri wahahahaaa...
ni la dia..
yang pen kale hitam, tarikh yang betul
September 2007
yang kale
pink adalahhhhhh....
.
.
.
Countdown balek rumahhh! yay!
hahaha ni la ni perangai budak sekolah yang melampau excited balik kampung ngeee..

siap lukis aircraft hoho~

yang ni masa April 2007, mungkin. sudah lupaaa


every semester sebenarnya aku ada buat. tp yang lain tu aku sudah buang dan tidak sempat nak snap. yang ni sebab aku letak dalam buku jurhat, tu yang masih ada tu..

ni beg sikulah saya ahahhaa..
dari sem1 sampai last sem masih pakai lagik.
hohoho betapa chentanya saya terhadap
mantan bf beg ini~

tapi ini bukan katil ku, ok

ok tu saja. myp5 dah kol. bai!


p/s: malam ni mungkin pergi kahwen senior time sekolah smk dulu..
aku pernah terlanjur minat ngan dia..
tp dia tak layan! sedeyyy~!


p/s/s: oh ya, ngemil tu = menguyah@asyik mau makan jak!

Friday, December 17, 2010

Beauty's Rival in Blog!

assalamualaikum..

ahhhh tidakkk~ benciii!
ni la ni yang aku malas kalau dah tengok tv, ter addicted! muahahahaaa
biasanya aku jarang tengok tv (camana mau tengok tv kalau mata hari-hari depan lappy? tipu!)..
tapi sekarang yang aku tengah meroyan ni sebab tengok cerita tv kerajaan hehe..(sokongla gov supaya dapat kerja! kuikuikui~)
Tv2~ Tv2~ dunia riang~ d Tv2! (sila nyanyi ikot rentak)

sudah lama tidak menonton cerita cina. ah.. aku mana layan sangat cerita tv nih.. tertengok ni pun sebab orang cakap cerita nih best. best ka?


Beauty's Rival In the Palace
Mon-Fri @6pm

Ruby Lin- Dou Yi Fang
Sammul Chan- Liu Heng

aku tekanan sebab adik dia tu jahat.cis!cis!cis! tapi kalau tidak ada watak antagonis ni, mana cerita nak jalan! wahahaha sedapkan hati agar tidak memberontak baling remote tv wahahahaa.. tengah bersabar tunggu hari senin nextwik plak huuu lamanya lagik..

ok tu saja entri takpuashati dari saya. bai!

oh ya. mahapkan saya untuk tajuk yang tidak menyenangkan di atas tu ngeee..
peace peace! no war!http://www.cute-smiley.com



p/s: suka tengok costume dorang ni. comel2 n nice dan tutup aurat! (kurang tudung saja hoho)

Bunuh doktor: Empat suspek sudah ditahan

KOTA KINABALU: Polis telah berjaya menyelesaikan pembunuhan seorang doktor swasta terkenal di Tawau minggu lepas dengan menahan empat orang rakyat tempatan termasuk seorang wanita pada 14 Disember lepas.

Empat yang ditahan itu berusia antara 20 dan 27 tahan dan kini ditahan reman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan.

Polis buat masa ini sedang dalam proses untuk menahan ‘suspek utama’ yang sudah dikenal pasti untuk menyelesaikan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hamza Taib berkata demikian kepada para wartawan pada sidang media di sini selepas menyaksikan serah tugas antara Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) yang baru SAC Omar Mammah yang mengambil alih tugas daripada pemangku ACP Mohd Shariff Abdul Wahid di Kepayan kelmarin.

Hamza berkata, seuspek utama itu masih berada di Sabah dan hanya menunggu masa untuk menahannya.

Menjawab pertanyaan, Hamza berkata, suspek-suspek yang ditahan adalah rakan-rakan suspek utama itu.

Sementara itu, di Tawau, Ketua Polis Tawau, ACP Ibrahim Chin yang mengesahkan penahanan keempat-empat suspek itu berkata, satu operasi turut dilakukan bagi memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai menjadi suspek utama kes terbabit.

“Identiti suspek yang masih bebas itu sudah pun dikenalpasti dan dia dipercayai sedang bertindak menyembunyikan diri.

“Kita juga turut meminta pihak berkuasa di pintu-pintu keluar masuk di negeri ini supaya turut sama membantu mengesan suspek sekiranya dia cuba keluar dari negara ini,” katanya.

Dalam hal sama, Ibrahim meminta masyarakat supaya tidak panik berhubung kes terbabit kerana siasatan mendapati ia berkaitan soal peribadi.

Terdahulu pada majlis serah tugas itu, Hamzah mengingatkan para pegawai polis agar tiba di tempat kejadian dalam tempoh 15 minit seperti yang dikehendaki dalam Program Transformasi Kerajaan.

“Saya tahu anggota-anggota saya di semua 20 daerah berdepan dengan pelbagai masalah untuk tiba dalam tempoh yang ditetapkan itu tetapi kita akan berusaha untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

“Saya amat gembira sekali kerana kita sudah mencapai sasaran untuk mengurangkan indeks keseluruhan jenayah dan meminimakan kesleuruhan indeks jenayah kepada lima peratus,20 peratus untuk jenayah jalanan dan 40 peratus pennyelesian jenayah,” kata Hamzah.

Sementara itu, Omar dalam ucapannya berjanji akan meneruskan pencapian terbaik CID di Sabah.

Sebelum dinaikkan pangkat, Omar, 50, yang dilahirkan di Semporna adalah Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor dan beliau adalah pegawai kanan polis yang terbabit dalam penyiasatan pembunuhan seorang usahawan terkenal Sosilawati.

Omar menyertai pasukan polis pada 1989 dan beliau adalah bekas Pegawai Bahagian Jenayah Kota Kinabalun untuk tempoh tiga tahun dan Komander Pulapol Kota Kinabalu untuk tempoh lima tahun.

Sumber: NewSabahTimes

p/s: Takziah untuk keluarga mangsa rombongan Jabatan Penjara Tawau yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Penampang-Tambunan

Contest Banner dan Blog Layout from Laksamberlipat

assalamualaikum...

semalam MamaJnJ dah 'tanda' aku untuk Contest Banner dan Blog Layout dan tuan belog adalah Laksamberlipat. oleh itu marilah kita sama-sama memeriahkan majlis cukur jambul banner contest ini~


contest ini adalah berkenaan dengan banner@header. banner@header yang menarik bukan menolak +belog layout paling cantik dan kemas akan menang weee...


T&C
1- Jadi follower Fatin Izzati
(aku adalah pengikut yang ke 312! hoho)

2- Buat entri pasal contest ni dan tinggal kan link entri anda di ruangan komen

3- Letak kan banner contest ni pada sidebar blog anda

4- Tag 3 blogger lain yang bertuah.
aku nak tag:
Dhia As- Syifaa
Fiza Mastar
Fazleeayu

5- Terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog sahaja (blogger yg berada di Malaysia sahaja)

6- Tarikh tutup : 2 Januari 2011

7- Pemenang akan diumumkan pada 22 Januari 2011


ok selamat mencuba dan semoga selamat!


p/s: aku tengah mengodek contest2 yang lain jgk!

Thursday, December 16, 2010

Tikus mati

assalamualaikum...

aaarrrghh bencinya kalau tikus dah mati..
jari jemari ku terasa cramp..
terbatal semua niat untuk kelik-kelik..
terpaksa membataskan pergerakan..
mari lihat keadaannya tika ini. terkulai layu..
buat muka sedih agar aku memberinya tenaga..
ceh~



yah ini la dia c tikus mati itu. benciiii~
kena beli bateri lagik ni. aiii malasnya nak gerak..

ok tu saja. nak siap-siap, nak keluar! bai!

p/s: benda2 macam ni nampak best. tapi bila sudah buat hal, duit jgk melayang. haisshhh.. its ok la. sebab aku pun dah tau yang aku wajib tukar bateri dia nih. jangan laptop buat hal sudaaaahhhh

Wednesday, December 15, 2010

Polis kenal pasti pembunuh Dr. Lim

KOTA KINABALU: Polis mengenal pasti suspek utama dalam kes pembunuhan doktor terkenal di Tawau minggu lepas.

“Kita akan tangkap suspek secepat mungkin,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Hamza Taib kepada New Sabah Times kelmarin.

Hamza berkata, beliau sudah mengarahkan anggota-anggotanya untuk menanah seorang ‘lelaki ‘yang beliau enggan dedahkan identitinya, untuk membantu polis menahan suspek utama yang dimaksudkan.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata, bukti- bukti yang dikumpul dalam siasatan yang sedang berjalan sekarang menunjukkan motif pembunu- han itu adalah ‘jenayah nafsu’.

Seorang doktor swasta, Dr Lim Tow Kiat, 49, dijumpai mati di rumahnya di Taman Bunga Tulip pada 8 Disember lepas dengan tangan dan kakinya diikat.

Polis percaya, Dr Lim yang masih bujang di- bunuh lapan jam sebelum mayatnya dijumpai oleh rakannya pada hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mayat mangsa mengalami beberapa kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan benda keras.

“Kami fikir dia dibunuh oleh orang yang mengenalinya kerana tidak ada tanda-tanda pecah masuk ke dalam rumahnya,” kata Ibrahim.

Beliau juga meminta penduduk Tawau agar tidak panik kerana kes itu tidak berkaitan dengan beberapa kejadian rompakan yang berlaku di daerah itu baru-baru ini.

Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber: NewSabahTimes


p/s: saya sangat takooot~



sorry, you have been terminated

assalamualaikum..

isnin lepas aku dah ceraikan Celcom Broadband dan beralih kasih kepada Streamyx Telekom muahahahhahaaaa... maafkan la daku wahai celcom brokbang. sangat lembab mengalahkan siput vavi hoho.. dulu masa aku tak duduk rumah sendiri memang la senang ada brokbang. tapi sekarang bila sudah duduk rumah, brokbang pun macam sudah jadi tukun. berhabuk saja atas meja nih hehe.. dan aku pun telah lupa untuk melunaskan hutang piutang yang menyebabkan bil melambung-lambung sampai awan. cis! cis! cis! buang duit haku saja! mungkin nanti bila aku keja tempat lain, apply akaun baru la nampaknya..



p/s: terpaksa berpuasa dari shopping haissshh...

Monday, December 13, 2010

3P!

assalamualaikum..

hari ni sangat penat. penat menunggu dan tengok orang. pagi tadik Job Malaysia ada buat 3P, Program Penempatan Penganggur Pekerja. aku rasa seawal pagi jam 8 mungkin ada sudah yang bertapak di Dewan Masyarakat Tawau ni. aku sampai sana dalam pukul 9++. tu pun ibu dah bising aku lambat..

" ibu jangan risau. org sini janji jam 8 start, maksudnya jam 10 baru program berjalan.."
aku dah tau dah peel dorang nih...

ok inilah lokasi tempat kejadian hohohooo
walau hujan renyai-renyai tidak mematahkan para pencari jodoh kerja untuk datang


cik sal tekun tulis nama dalam form tu.
aku selalu musykil, untuk apa tulis nama?
supaya dapat tahu berapa jumlah yang datang atau menganggur?

atau supaya sedang sanak saudara mengecam kehadiran saudara mereka


Sila Isi Borang dengan tekun dan jujur.
baeklah!



kemudian sila tunggu giliran anda.
makkkkk aihhhhh~!!!
gilaaaaaaaaaaaaaaaaa~
sampai esok malam pon tak habis nihhh



oleh itu, kami beramai-ramai telah memilih untuk menjadi pemerhati dari atas dewan saja! huuu macam mana nak apply keja kalu macam nih? lagi pun banyak kekosongan untuk peringkat spm saja. bukan memilih, tp sekarang ni ekonomi sangat demand. gaji rm600-1000 sebulan, yang dapat hanya penat dan tensen. diorang cakap, kalu tidak ada pengalaman kerja atau pengalaman kurang dari setahun, memang macam nih. habis tu macam mana kami-kami nak ada pengalaman kerja kalau encik-encik muncit kacak tak amek kerja? gaji hanya untuk menampung minyak. tu confirm la kalu aku shopping belum masuk lagik!. masa keja dulu pun, untuk minyak kereta sudah cecah dalam rm500 sebulan. lain lah kalau aku keja opis depan mata!


Mudah dan Percuma
percuma saja saya datang!huu

ok tu saja laporan untuk hari yang tensen. bai!

p/s: Jawatan kosong Surirumah ada tak?

Saturday, December 11, 2010

Me in Wonderland

assalamualaikum...

ni pun bukan cerita Alice in Wonderland yang banyak berkhayal tu. tapi lebih kurang macam tu lah. aku rasa mesti ramai yang suka berkhayal/ berimaginasi. kadang-kadang aku cuba jugak tepis khayalan yang merosakkan minda nih wahahahahaaa..

Pernah kah anda bayangkan...

1- mahu melintas jalan raya dan sedang anda ingin melangkah, kaki anda tersandung lalu terjatuh di atas jalan raya yang sedang sesak!
waaaaaa~ aku selalu bayangkan! tu la selalu gagal bila melintas jalan huuuuuu~

2- sedang memandu kereta dan berangan-angan kawen dengan Tom Willing lalu anda terlajak dan tercium kereta dihadapan anda!
oh tidak~ tolong jangan bayangkan!

3- sedang anda memandu jugak tapi hanya pergi mengambil adik di sekolah yang jaraknya 5 menet saja dari rumah. lalu sedang anda senang lenang tidak membawa licence tanpa rasa ragu dan was-was, tiba-tiba ada Penguatkuasa JPJ/ Polis Trafik sedang menjalankan tugas! cakap la apa saja. rumah dekat ka, ruma 30saat dari tempat kejadian ka, kalau sudah kena tangkap tidak bawa lesen, surat chenta tetap jalan!
waaaa~ aku sudah terkena!benci!

4- bersiar-siar dengan rakan sejenis dengan membonceng motorsikal, memakai helmet dengan berhemah. tiba-tiba ada kereta tidak melihat anda dan motorsikal terpaksa brek mengejut. lalu anda di belakang terhumban ke jalan raya. syukur kalau jalan raya tu tidak ada kereta yang lalu. kalau ada... tolong jangan bayangkan!
huuuuu~ ni pun aku dah kena.. nasib Jalan Tok Jembal masa tu tidak ada kereta..

5- anda menaiki kapal terbang. tiba saat kapal nak landing anda terbayang kapal terbabas!
waaaaaargggghhh! sila jangan bayangkan kalau anda hendak naik aircraft esok!

6- anda menaiki kapal terbang jugak. masa dalam berjalanan, hujan turun, angin kuat, kapal goyang-goyang. dan masa tu kapal terbang sedang di atas lautan yang luas!
huwaaaaarrggghh~ aku selalu bayangkan ni kalau time-time hujan mendung huhuuuu.. tapi syukur alhamdulillah...

itu saja. tolong jangan bayangkan lebih-lebih. ok bai!

p/s: kadang-kadang bila berkhayal terlalu banyak,membuatkan terlalu berhati-hati. namun sebanyak mana pun cermat dan berhati-hati kalau Allah nak uji tetap jalan jugak. semoga kita semua di lindungi NYA....

Friday, December 10, 2010

aku jatuh cinta lagiiiii

assalamualaikum..

yah aku sudah jatuh cinta..
jatuh cinta dengan lagu ni huhuuuuu..

Joy Enriquez - How can i not love you



Cannot touch, Cannot hold, Cannot be together
Cannot love, Cannot kiss, Cannot love each other
Must be strong and we must let go
Cannot say what our hearts must know

How can I not love you
What do I tell my heart
When do I not want you here in my arms
How does one walks away
From all of the memories
How do I not miss you when you are gone

Cannot trip, Cannot share sweet and tender moments
Cannot feel how we feel, Must pretend it's over
Must be brave and we must go on, Must not say
What we no longer long

Must be brave and we must be strong
Cannot say what we no longer long


p/s: jangan dengar lagu ni time PMS nak datang! akibatnya akan mengundang bahayaaaaaa hahahahahahaharunsalimbacik!

RIP Dr. Lim Tow Kiat

assalamualaikum..

Tawau digemparkan dengan berita kematian doctor klinik swasta iaitu Dr. Lim Tow Kiat pada 8 December lalu. beliau adalah seorang doktor yang peramah dan fasih berbahasa melayu hehe ni menurut kakak aku laaa... anak dia pernah mendapat rawatan dari Dr. Lim tu.. siap pelok2 cubit lagik anak sedara aku kikikikikii...

ok entry ni sebenarnya ditujukan untuk Encik SingaLautMetro sebab dia minta aku pegi amek gambar kejadian. tp disebabkan aku adalah seorg yang pemalu (dalam erti kata lain PENAKUT) aku tidak berani la pegi tengok walaupun rumah Dr. Lim tu dekat saja dengan rumah aku huhuuu. amponkan sayaaaaa~

untuk tidak mengecewakan semua pihak (ceh~), blogger dari TawauBlogger, kak Maya ada butirannya...

let's check it out~


Trisya yang telah dicubit-cubit hehe...

ni masa birthday dia 26 Nov lalu..
sudah ampat tahun laaa~

p/s: terima kasih SESB sebab sudah dua hari tawau asyik putus bekalan elektrik di pagi hari dan menyebabkan saya malas bangun. terima kasih sekali lagik (cis!cis!cis! benci! benci! nasib baik hari ni kejap jak! )

Wednesday, December 8, 2010

Create New Page..WTF

assalamualaikum...

adakah aku terlambat bila baru dapat buat page untuk Febrifelt Craft ku ini? sebab aku rasa sekarang ni makin banyak pulak orang aku tidak kenal add dalam fb. bukan jugak sombong tidak mahu meramaikan kawan. tapi kalau sudah nama nya connection friend pun tidak ada, maka dari mana pulak dia boleh dapat fb ku mmm... sekarang ni semua kena hati-hati. gambar pun aku tidak gambar upload dalam fb tu.. ahhh apapun semua nya bermula dari zerOoooOoooo.. kena banyakkan berkawan dengan Encik Sabarudin dan Encik Rajinadin kikikikiikiiii....


sapa suka boleh Like page nih http://www.cute-smiley.com

WTF?
yah
Welcome To Facebok
hohohttp://www.cute-smiley.com

p/s: sila jangan tanya saya sudah keja or belum, atau sudah kawen or belum. Terima kasih!

Tuesday, December 7, 2010

Fiza dan Rina

Assalamualaikum..

oh tidak! hujan lagik di luar tika ini. oleh itu mari kita nikmati saja gambar-gambar ni sambil boleh ready2 tarik selimut dan tepok-tepok bantal ngeheee~

ni order from Fiza untuk befday kawan dia :D


yang semua-semua dibawah plak dari cik rinaDorina~
brooch

brooch lop2


shawl clip


red ribbon shawl clip


dan juga headband~

berminat? boleh isi order form atau email me sajaaaa ..

p/s: saya sedang berusaha untuk lebih rajin dan gigih! hu! hu! hu! http://www.cute-smiley.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...