Pages

Tuesday, November 30, 2010

Fazura dan Lagenda Budak Setan!

assalamualaikum...

yah LBS! Lagenda Budak Setan. memang sudah lama tayangannya keluar. tapi..... kesian ngan aku.. aku baru berkesempatan menonton nya.. biarlah orang cakap aku ketinggalan or apa. yang penting aku sudah tengok!
(kepada sepupu saya yang kini berada di luar liputan kawasan, sila lah berbangga sbb aku suda tgk LBS! wakakakakakaka)


sebenarnya aku tengok LBS sebab LBS dan Fazura saja kikikikikiikiki.. biarpun penantian menungggu Fazura keluar amatlah lambat sekali. hanya selepas menonton selama 1 jam 15 menet dan 39 saat!! sempat jugak aku sapu-sapu hingus airmata huhuhuuuuuu~

tp memang benarlah kata-kata dari peminat2 LBS yang lain, jalan cerita terlalu cepat dan aku pun sudah lupa-lupa jalan cerita dalam novel tu. gilaaa time nak PMR boleh baca novel LBS yang tebalnya pun kalah buku pendidikan islam aku! benda 10 tahun lepas, mana lah aku nak ingat sangat.. novel dia pun dah hilang. bukan di sebabkan oleh saya ok. sebab orang pinjam tak bagi balek! cis! cis! cis! benci! benci! benci!


comel betul Fazura time nih, pakai baju kurung weeeee~ tp muka sedih sebab kasyah kawen hahahaha... tp ending macam hareemmmmm... napa scene dalam komuter (kalau aku tak silap laaaa) time Kate jumpa Kasyah tidak di masukkan? time tu anak kasyah dah besar n nama pun Kate jugak (kalau aku tak silap lagik laaaaaaa..) ah sebenarnya aku hanya menunggu scene Fazura sajaaaaa wahahahahahahhaaaa kejammm. harap-harap LBS2 = Katerina, Fazura akan terus pegang watak tu huuu~

dan aku juga sudah membeli majalah Intrend, sebab 'gadis sampul depan' bulan dec adalah Fazura! kikikikiikkii..

kasut fazura sangat sangat sangat buat aku tak keruan


sumber from murai
"I tak nak yang seksi-seksi ya darling! I dah tak suka pakai yang terdedah-dedah sangat"
ni kata fazura menurut Intrend.
sukur la nak~


p/s: rindu dengan Gol & Gincu

Thursday, November 25, 2010

Sama tapi tak Serupa

assalamualaikum

mm.. sebenarnya masa tengok cerita dekat TV3 Stairway to Heaven , pelakon yang watak dia Eunice Arogon sama betul dengan dengan penyanyi kat Malaysia nih.. haaa cuba teka!

Nama dia amat susah di sebut,
Glaiza de Castro
(sila cuba sebut)

sumber dari PEP
.
.
.
agak-agak macam siapa ya?
.
.
.
.
.
ya betoOOooOooL~~
macam
MIZZ NINA

yang beru betunang..


kopi ais dari sini


MIZZ NINA
pic from napiru



GLAIZA de CASTRO
curik gambar dari sini


http://www.cute-smiley.com

kan kan kan? sama sebijik! wahahah mizz nina dah menjumpai tujuh di antara kembarnya, anda bagaimana? ahahaha

p/s: aku pun suda menjumpa kembarku... ya tidak lain dan tidak bukan Cik Fazura yang hOt! hahahhaaha.. ( sila jangan jeles~ :p)

Wednesday, November 24, 2010

cik suzi lagik

assalamualaikum...

dua hari lepas telah bertungkus lumus menyiapkan order dari my bff, cik suzi. dia dah lama order, dari bulan lepas lagik. tapi disebabkan banyak betol halangan dan rintangan (ceh.. padahal malas!) jadi menda2 nih pon lambat jugak siap. ingatkan nak siapkan hari sabtu n ahad lepas. tapi busy ngan orang kawen la pulakk..
ampunkan saya~


adakah munga-munga itu kelihatan seperti munga sakura?
macam gagal jak nih huuu
pic sakura disebelah kanan yang telah d kopi dan pes kan dari google




p/s: menjahit gunakan mesin jahit adalah amar sukar sekiranya kurang latihan dan praktis. oleh itu, sila lah rajin-rajin gunakan mesin jahit ok!

BintangGila dan Cik Keju

assalamualaikum...

semakin hari penyakit ini semakin parah.. kadang-kala ingin juga bertanya kepada incik doktor (yah memang saya ingin berjumpa INCIK doktor, bukan PUAN doktor. wahahahaha gediks!)

aku : doktor doktor.. ada tak ubat untuk penyakit saya nih?
Dr.nsem : semua penyakit musti ada ubatnya.. cik sakit apa ya?
aku : mmmm.. mmmm... mmmm... penyakit saya, penyakit MALAS.
Dr.nsem : aku sepak kang!
(sila jangan percaya, lakonan duniawi semata)

yah memang penyakit nih HANYA DIRI SENDIRI yang dapat membantu anda... huwaaaaaa

ok. cut the fat short, semalam saya berjoyah bermanja-manja bersama-sama BintangGila. yah BintangGila tu cousin saya! benci dia dah nak pergi Solo bersama family. jadi kami berdua telah menghabiskan masa dan membuang duit berjalan bersama~

d ruma beliau.
terserlah keJAKUNan saya dengan mesin urut OGAWA ini.
wah Hebat~ Hebat~ Hebatttt~~~

untuk yang sakit pinggag seperti saya (kesan yang sakit aritu masih ada huhu!) amat la baik menggunakan mesin urut OGAWA ini. tp untuk mereka-mereka yang seperti saya amatlah tidak baik. mulut tak pandai nak diam. wakakakaka.. geli weh~ maka dengan itu lebih baik jauhkan alat ini sebelum jiran sebelah baling kuali! tolooong~~~


yah sebenarnya dah lama mengidam nak makan Cik Keju yang nih, tapi baru sekarang ada kesempatan dan teman! weeee~


inilah dia yang bakal kami selamatkan masuk dalam perut
Extreme Cheese Lava with Cheesy Chicken.yay!


dah habis yang tu, sambung yang ni pulak sambil mengompat bermanja-manja
ini untuk cousin saya, cik BintangGila
Chocolate Mint Frappe


ini pula untuk saya, cik YangHampir2nakGila
Iced Coffee
(betapa baiknya kami dengan tidak membazir, lihat saja la piring kami. licin!)


ok itu saja untuk kali nih.... berjumpa lagik d lain siaran. zasss!!


p/s: sila tukar perkataan berkale ini ke dalam bahasa omputeh~

Sunday, November 21, 2010

walimatul urus

assalamualaikum...

wah dua hari ni busy dengan aktiviti perkahwinan yang sudah tentu bukan perkahwinan ku! huwaaa... it's ok, tumpang sedey gumbira jugak sekali weeee~

19 November 2010, telah selamat di ijab dan kabul kan antara Kartini & Yazid.
20 November 2010, hari persandingan kedua mempelai di kediaman pengantin pompuan...
mari saksikannnnnnnnnnnn......

sebelum tu, hadiah pengantin musti ada..


aku dah ketandusan idea mahupun ilham...
tangan pun dah keras macam kayu..
ni adalah akibat tersangat rajin malas!




ok sudah siap wrapping!

.
.
.
dan ini adalah gambar sebenar pengatin.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sangat cOoomellll

http://www.cute-smiley.com
rasa macam nak kawen jugakkkkkk

ya betul dan tidak syak lagik. saya telah kidnap dari Facebook photographer nya
Aziz Albumkasih


dan ini adalah kami-kami yang belom berpunya kawen~



haha Love yang tidak menjadi..



nana: "biar la ba tangan ku jak yang masuk"
wakakakkaaa.. tangan jak pun tangan laaaa

kami-kami yang bakal menyusul~
weee~
http://www.cute-smiley.com
insyaAllah




p/s: hari ni dari majlis nikah jugak. tapi tak larat nak sambung entri huhuuu...
ok jumpa lagik di lain rangancangannnn~

Friday, November 19, 2010

Hide n Seek!

assalamualaikum...

beginilah keadaan bilik pabila storm kecik datang melanda. tak larat nak kemas. tunggu semua siap baru kemas, ble tak? (tahap malas d tingkat maksima!)


ok kawan-kawan, oleh itu marilah kita sama-sama
Mencari Barang Tersembunyi!
yay!



p/s: keadaan luar ruma sedang hujan sepoi-sepoi
(erk?!) yang menunjukkan waktu untuk bersenang-lenang atas katil yang empuk lagik lazat(apakah?) tp aircond tengah leaking dan menyebabkan tilam basah. harap2 ibu tak cakap aku 'ngompol' plak!
ok jom tidurrrrrr... selamat malam, tidur ketat2!

Bukan Lupa Tapi Tak Ingat

assalamualaikum...

wahh sudah hari jumaat hari ni. esok ada majlis kawen kawan, tapi belom ada prepare present and baju lagik (aku plak yang sibuk ngan baju pegi kawen!) kuikuikui...

ni nak cerita pasal cik LUPA nih...


yah tidak syak lagik. saya telah mencuriknya dari incik google!


semalam aku pegi Maybank. bila nak keluar dari bank tu, ada gadis senang senyum-senyum sumbing kambing ngan aku. aku nak senyum pun rasa bersalah jugak! ahahaha kalu salah senyum kadang-kadang bahaya jugak ok. pas tu gadis tadi menyapa..

" rita kan?"
" erk iyah.. sapa yah?" dengan tebal muka aku soal dia balek..
" aku bah.. aku pun x-student smktawau. form 1-3. satu kelas ngan dorang c wewek.."
" owh yaka.. hehe sorry la. tua2 ni ingatan makin pudar suda. lagi pun berubah suda muka hehe.." ayat cover line dari saya. tp sumpah! aku betul-betul tak ingat..
" owh heheh.. ko buat apa sekarang?" ahhhhh.. soalan yang paling i benci! saya tidak bekerja. gemOk lagik hitam. dan tidak mempunyai pendapatan tetap!
" hehe aku di tawau jak ni.." jawapan yang sangat keluar tajuk
"tu Arbayah ko ingat kah?" kebetulan ada kawan keja kat Maybank
" iyah dia pun blur time aku tegur dia ehheheh.." ah! bermaksud bukan aku sorang ja tak ingat dia. kejam sungguh saya dan Arbayah...
" bah oklah ya, ada kawan ku menunggu d keta hehe bai bai.." harus cepat-cepat untuk mengelakkan conversation yang lebih panjang ahahahha. kejam!

mmmm... sebenarnya masa form 1-3 kelas aku dan Arbayah kelas atas, kawan yg tadik tu kelas dorang kat bawah. aku n Arbayah plak sebelah kelas. kelas Khas n Cemerlang (kelas budak-budak gila yang memang tak ble nak campur ahahaha) kelas kawan tadi tu n Wewek kat bawah. aku memang tak pernah tau n nampak pun budak-budak kelas kat bawah nih. bukan sombong. tp time tu, tau-tau saja lah, time tu aku adalah sangat Ayu dan Pemalu wahahahaha(sila jangan percaya)...

dan sumpah, sampai saat ini aku masih tak tau nama kawan tadi tu..
ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku!


dan semalam aku mimpi pasal cik LUPA jugak!
mimpi aku kuar ruma pegi jenjalan tak pakai tudung! nauzubillah! dah keluar tu baru perasan tak pakai tudung. ya Allah, aku merayu ampunkan lah dosa-dosa ku..

p/s: kadang-kadang bila dah tak buat apa-apa or sendirian membuatkan kita lupa dan alpa. sendirian lagik bahaya sebab kawannya adalah syaitan. nauzubillah. jadi marilah kita berkawan-kawannnnnnn weeeeeeeee~

Tuesday, November 16, 2010

my nieces yg gediks hohooo

assalamualaikum..

ni adalah gambar lama, tidak jgk lama berkurung. cuma sudah lama dalam lappy ni. dah bersawang dah mungkin gambar-gambar ni hoho...


anak sedara,
Ferra n Trisya
(yg tersangat lah cOmel pipi n badannya ahaha!)







dan macik mereka yang tak nak kalah jugak !
(sila abaikan pemandangan di belakang)


"3sya, napa ndak pegi sekolah?"
" ibuk tu. ndak gosok baju tisya..."

ahahhaa.. kesian ibuk disalahkan. maka dia yang malas pegi tadika. mula-mula daftar awal tahun hari tu, ibu or ayah nya kena temankan. bukan sehari dua, SETIAP HARI ok. macam mana la ibu n ayah nak keja ni Trisyaaaaaaaaaaaaaaa...

p/s: tahun depan Trisya dah 5tahun..

Monday, November 15, 2010

Mr. and Miss. Sankai

assalamualaikum...

kenapa lah penyakit MALAS ni selalu datang? adehhh tolonggggg... tolong jauhkan saya dari penyakit ini..

dan akhirnya hp case untuk Mr. n Miss Sankai siap jgk setelah beberapa kali mendapat halangan sama ada yg di sengajakan atau tidak sengaja. Upps!



p/s: saya dikejar lagi oleh beberapa pelajar sekolah. namun sukar untuk meng'explain' ngan budak2 sekolah nih kenapa saya lambat buat kerja. erk perlukah explanation yg munasabah walhal mereka tidak sedikit pun mau amik tau hal kita? *&^%$%&^&*^!!

Wednesday, November 10, 2010

Masa Kecederaan

assalamualaikum...

yah masa kecederaan saya bertambah lagik di sebabkan oleh virus influenza BUKAN H1N1 + batok kering. apalah nasib minggu ni dan minggu2 yang lepas, banyak betul penyakit datang bertamu!
antibody tak kuat mungkin ( makan ubat tidak ikut aturan memang macam tu la akibatnya!)

dan hopefully will recover before sabtu ni... huhuu ada exam Mtest! semoga dipermudahkan semua nya. Amin!

ni adalah order from my jiran sebelah ruma a.k.a cousin saya Yenny hihiii




keychain bola2 chenta~


dan hairband yg sering mendapat sambutan kanak-kanak
(saya juga teringin nak pakai sebenarnya!)



p/s: badan dipenuhi dengan ubat-ubatan yang tidak mengubati/membantu perkembangan badan supaya lebih sihat. jadi kenapa harus saya terus makan ubat kalau ia nya tidak dapat membantu?! arggg!!~

Saturday, November 6, 2010

syafakillah

assalamualaikum‎

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu"


tu saja untuk kali ni...

Alhamdulillah.. all praises to Allah...

demam yg berpanjangan selama seminggu lebih sudah beransur sembuh...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...