Pages

Sunday, October 10, 2010

pertengkaran Adam dan Hawa

assalamualaikum...

"dont call me again"

wah agak kasar munyik nya...
kaum hawa kadang2 kelihatan agak agresif apabila pertengkaran berlaku. kenapa? saya pun xpasti! ahahahah.. dan yang pasti dalam kepala mesti terfikir,
" pasni kompom aku break ngan dia huwaa.."
menyesal xsudah sbb terlepas cakap. kebiasaannya mmg kaum hawa sll bercakap tanpa befikir dahulu (erk.. xsemua ok!) dan kaum Adam hanya membisu ( mgkin tgh bfikir nak cakap apa..mm)

pada pendapat saya, sebaiknya apabila pertengkaran berlaku,
salah satu pihak mesti bertolak ansur. kalu dua2 naik marah n maki hamun, InsyaAllah mmg xkekal lama hubungan tu (ehehhe sendiri punya thought!)


curik dari devianart- simplicityxii

ni saya kopi n pes kan dari Tentang Cinta

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~


2 comments:

  1. bile saya dan pasangan berselisih faham jsut one of us yang akan bercakap:P y sorg lagi senyap, bila da sejuk then baru pujuk memujuk:P

    ReplyDelete
  2. @kobEj0rdan~hahaha setuju2...kadang2 xble layan sangat pasangan yg tgh marah tu. kalu kita pun sibuk nak cakap, takut terlepas cakap plak. then akan menambahkan lagik marah dia hehehe... better biar dia cool dulu then baru discuss bebaik :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...