Pages

Saturday, October 30, 2010

ngilu

assalamualaikum...

hari ni adalah hari baring-baring atas katil sedunia~~
pinggang ke lutut terasa sangat
NGILUUUUUU

arrggg!!
aku tak sanggup suda sakit begini...
bilakah akan berakhir penderitaan sakit sayaaaaaa ini???!
aku nak buat keja pun susahhhhh...waaaa~

p/s: kalu pegi berurut ok tak? macam urut ibu mengandong la pulak~

Friday, October 29, 2010

untuk Fiffy lagik

Assalamualaikum..
ada lagik order fiffy tak update lagik!

sebelum tu, meet Wawa again..
telah dipaksa menjadi buruh kasar model tak berbayar harharhar



hp case for Fiffy
dia nak pinky2+munga2


dan keychain..
(agak2 dorang ni pun couple jugak ka?)



ok sudah habissss... bole sambong tidoOOooooo

order from Mimiey and the gang

assalamualaikum...

hari ni badan semakin semboh tp still tak boleh gerak banyak sangat. (duk diam2 depan lappy mgkin ok! wakakaka) sebenarnya hari ni hanya nak hapdet order yang lama2 tu. ada yang belom upload lagik.. sorry bukan tak sempat, cuma aku malas sakit hukhukhuk..

semua ni untuk adik mimiey
hp case - dia nak ada stobery2


ini ialah brooch atau lebih senang di panggil nametag ahahaha..
dia cakap nak brooch tp nak tulis nama..
dan keychain cupcake yang tak boleh di makan harharhar


ini pun mimiey punya, keychain n hp hanger


ini order kawan2 sekolah dia jugak. semua nak lop2 ya kak!


aku macam tak sanggup suda nak buat benda nih...huwaaaa~



p/s: ada lagi bunch of order yang belom siap. aku macam nak patah pinggang!

Thursday, October 28, 2010

again... im sick

assalamualaikum...

huu tak tau la minggu ni asyik kena penyakit memanjang.. Yes! im sick again n pergi hospital semalam.

nak dijadikan cerita, semalam dalam pukuk 2.15pm macam tu, aku duduk-duduk depan lappy ni. then gerak2 sikit buat keja kraf tu. tiba- tiba nak duduk, sakit sangat. aku bangkit balik. pun sakit gila. lagik sakit. ok ok aku bawa bertenang... dah bangun tu aku jalan keluar bilik. duduk depan tv. aku try nak bangun, masyaAllah... aku terasa macam dah bersalin lapan belas anak cacing saja. pastu aku cepat turun bawah panggil ibu. kami naik atas semula dan lepas tu aku langsung tak boleh nak gerak! nak angkat badan sendiri pun sakit! huwaaaa... aku dah start nangis time panggil ibu tu. bukan sebab manja sakit, sebab aku sudah tak tahan nak angkat badan sendiri...http://www.cute-smiley.com

pastu ibu bagi aku makan painkiller. rehat-rahat kejap manatau lepas makan ubat ok. tunggu punya tunggu sampai la magrib, tambah sakit. nak bangkit dari baring pun ibu yang tolong. try nak duduk, ya Allah.. sakit!! apa lagik berdiri. aku terpaksa bergantung ngan ibu untuk pegang aku huhuuuuu..... (ibu saya adalah kecik dan rendah, bayangkan la macam mana dia nak papah anaknya yg tinggi macam model galah ni..)

kami ke hospital jugak semalam sebab aku takut ada effect dengan tulang belakang and pelvis ni. gila muda-muda suda sakit tulang! terus ke Jabatan Kecemasan. masa nak daftar tu aku macam nak ketawa pun ada. ibu kan papah aku, tp En. Ihrwan yang merangkap Pen. Peg. Kesihatan yang bertugas semalam sangka ibu aku yang sakit! adeh... tau la aku lagik besar dari ibu...
pastu dia tanya itu ini n minta mykad. masa nak tulis tu, mgkin dia tak keruan tengok aku yang comel pucat ni. sampaikan dalam borang tu NAMA pun dia tertulis no mykad aku agagaggagaga... aku terus palingkan muka senyum kikikikiki.. rilek ya En Ihrwan..

pas tu tak sampai pun 5minit suda kena panggil masuk 'Kawasan Kuning'. kawasan kuning ni mgkin untuk orang2 yang tak berapa nak emergency. kalau 'Kawasan Merah' baru emergency betul-betul..

Dr : ok cik sakit apa ya?

saya : er.. belakang saya ni, ndak tau napa tiba-tiba jak petang td sakit. ndak boleh gerak-gerak. mo angkat badan pun sakit.

Dr : owh ok. jatuh ka td? atau pernah jatuh ka? main sport ka lompat jauh ka..

saya: macam pernah tp lama suda dulu time sekolah..
Dr bangun dan periksa belakang aku..

Dr: maaf ya, yang mana sakit? sini ka?
( dia dah start cucuk belakang)

saya: iya iya... dekat situ la..

Dr: ok kejap ya. kita bagi suntik tahan sakit dulu..

aku dah telan lio masa nih.. huwaaa...
then dia punya assistant datang bawa suntikan tu. aku dah start panik..

org tu dah angkat baju lengan aku. try2 nak suntik.. adeh... aku terus palingkan muka. tak berani nak tengok dia cucuk!.. bila start masuk jarum ke lengan, air jernih dari mata pun keluar.. huwaaaaaaaa sakittttttttt~~!!!http://www.cute-smiley.com

aku rasa dah 10tahun tak pernah kenak suntik. last dulu time form3 tak silap. tapi napa time tu aku rilek? siap ketawa epi epi lagik ngan classmate. huhuhuuuuuuuu

then Dr suh p x-ray. masa nak tukar baju x-ray yang d bantu oleh ibu, banyak notice dalam bilik salin tu. aku xsempat nak amek gambar sbb aku tak bawa hp. (badan sendiri tak larat nak bawa, nak bawa hp pulak!)
salah satu yang aku ingat

untuk x-ray bahagian badan,
sila tanggalkan baju, bra, seluar panjang, rantai dan AZIMAT.

haaa? zaman sekarang pun masih ada orang pakai azimat? ada dua tiga lagi notice yg sama untuk bahagian lain. semua pun tulis azimat dekat hujung notice tu.. ish ish ish...

di pendekkan cerita, Dr cakap tulang aku tak ada papa yg retak(nauzubillah..) or terkehel. mgkin urat dia yg bengkak. mmm aku tgk berfikir apa yang telah aku buat b4 ni....

ni adalah ubat yang dibekalkan oleh incik Dr yang nsem baik hati,
Ibuspan+Magnesium Trisilicate+ubat sapu


sampai saja di ruma, kakak aku tanya,
" ko ada angkat adek ka pagi td?"
aku pun terus...
" ya Allah iya.. dia tido depan tv nih, jadi aku angkat la di p masuk bilik..."
" ya Alllah ko nih... mesti ko ndak duduk dulu baru angkat kan?"
"iyah..."

maka terjawap la semua teka-teki di mana Jo Jambul selama ini....

meet adek( kakak kepada budak Wawa tu)
ni pun jangan tertipu ngan senyuman nya..
sebab dia adalah pelakon terbaik di rumah harharhar..


P/s: kepada gadis2 d luar sana, hati-hati la ketika mengangkat benda berat. biar pun anda adalah seorg ahli gusti karate. sebab tulang belakang adalah amat penting dan bahaya..

p/s/s: ibu aku cakap, Dr laki ni lebih ramah banding Dr pompuan. yaka? keputusan di tangan anda, anda yang menentukan nya hohohoh...

p/s/s/s: doakan saya cepat semboh~

Tuesday, October 26, 2010

happy vs sad

assalamualaikum...

semalam ingat nak buat entry mengada2...
( gambar mengada2 saya untuk semalam)

tapi tidak sempat nak post entry di sebabkan kecederaan
huuuu...
ni akibat main pisau.
eh bukan main pisau,
nak bantu potong-potong sayur kat dapur..
tp yang terjadi adalah lain..

jadi gadis-gadis diluar sana,
rajin-rajin la masuk dapur ya..
kalau tidak biasa mmg akan jadi benda-benda macam ni..
( ni bapak aku yang cakap huhu..)



p/s: berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang tersayang http://www.cute-smiley.com

Saturday, October 23, 2010

Aku Kahwin!

assalamualaikum....

Wedding~ wedding~ wedding~~~

wah teruja nampak topik.. semestinya yang kawen adalah BUKAN saya.. huuuu
suka nampak vid dari cstproduction nih.. sangat best! mantap!...

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos - The Astronaut's Wedding from Saiful Nang on Vimeo.



dan lagik...

.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.



confirm aku nak kawennn~~~ waaaaa!!


p/s: May Allah blessed them life happy ever after..~ n me also!

Thursday, October 21, 2010

kotak ajaib

Assalamualaikum...

smalam bosan2 xtau nak buat apa..
pas tu nampak kotak kosong...

haaa??

mukan kotak ini ya.. ni curik dari incik google. aku lupa nak amek gambar kotak sebenar weee~

pastu terus amek gunting + gam UHU

mula2 guntingkan macam nih..
aku guna gam dulu then baru letak selotep puteh tu..



pastu gunting plak kecik2 macam nih..
anak buah ku tanya, "cikta mau buat doll house ka?"
"bukan lah, mau buat bilik wawa.."
"bilik wawa? waaa canteknyaaaa"
betapa eksaitednya my niece ahahahaha...


yeeaaa siappp..~~!!
eh belum lagik! jngan teruja sangat.
mestilah comel2kan lagik ...


ok aku guna spray nih, kale pepel. weee~~



tapi... benda ni isi xbanyak...
jadi terpaksa jadi macam nih..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hohohohooo...
jadi kalepul la pulak..



selamat mencuba~http://www.cute-smiley.com


meet Wawa..
jangan tertipu dengan kecomelannya..
sbb dia sangat bahaya harharhar~



P/s: kalau dompet sda kering, bole la aplikasikan benda nih.. sangat2 jimat dan mudah...

Monday, October 18, 2010

shopaholic!

assalamualaikum...

adakah anda SHOPAHOLIC?

apakah itu Shopaholic?


Shopaholic adalah istilah yang di gunakan kepada mereka2 yang suka bersoping sakan. haaaa...
adakah anda salah satu nya?

yes! huwaaaa... jangan salah kan saya..



smalam smpat tengok Nasi Lemak Kopi O, dorang cakap pasal benda nih..
perempuan.. mmg tidak boleh dpisahkan dari bersoping-soping...
kadang-kadang kalu stress lagi la susah kawal nafsu bersoping nih..

tetapi..
ada artikel Harmoni April 2010, orang yang boros berbelanja dan membeli-belah adalah merupakan petanda bahawa jiwa mereka tengah mengalami tekanan.

Di samping itu, ianya merupakan masalah yang lebih berat iaitu tiada keyakinan diri, kemurungan, gelisah dan juga tekanan jiwa. Masalah yang lain ialah ianya boleh menyebabkan pertengkaran dan perpecahan dalam ikatan kekeluargaan. (from Sharinginfo)

ni mgkin tidak semua yg Shopaholic mengalami sakit jiwa, ok. mgkin kadang-kadang rasa tidak lengkap kalu seminggu tidak laburkan duit mereka ke soping kompleks weeeee~ (saya tidak terasa ok ok..)

apapun bersoping lah dengan kadar yang betul dan mengikut kemampuan anda, ok..

renung2kan dan selamat beramal~~
(pinjam prof izzi punya tagline weee..)

Sunday, October 17, 2010

semua untuk Fiffy

assalamualaikum..

hujung minggu yang bosan. badan xberapa sihat(sakit pompuan huuu..)
ari ni baru nak upload order craft dari adek Fiffy.. banyak jgk dia order. untuk kwn2 n umi dia katanya..

semua dibawah brooch, 1st time dapat order buat brooch hehe... hope we'll like it




ni plak cam besa, keychain
Star for Sofie
Love for Fiffy
Diamond for Tasha ( adakah itu bentuk diomond? hoo?)


ni untuk pasangan couple.. ( eh budak sekola pun kapel2? ish ishh ishhh..http://www.cute-smiley.com)


ni? hairband. Fiffy masuk ni sda 3 hairband dia pesan. weeee~



p/s:
.. malas mau pikir, biar semuanya berlaku semulajadi...
aku tau DIA sentiasa mndengar rintihan ku..


Friday, October 15, 2010

Domokun vs Pacman

assalamualaikum...

1st time dapat order wat katun2 macam nih hehe...
order from my kawan lama masa sekolah rendah dulu eheh..
dia dah kawen dah.. ( aku bila nak kawen?!)
ni dia punya n encik suami dia...







ok x letak label dalam tu?

p/s: hari ni saya sangat bersenang-lenang tanpa sentuh jarum dan benang. wee~~

Thursday, October 14, 2010

Lesen B2 or GDL?

assalamualaikum...

hari ni saya sangat bengang dengan segelintir(ayat!) pengguna jalan raya.. ni la contohnya. tidak tahu dari mana dia berjaya mendapatkan lesen B2 ni. sehinggakan parking motor dengan parking kereta pun tidak dapat bezakan.. haissshhhhh~~~!!! apa dia ingat dia ada lesen GDL ka perlukan parking seluas itu...
dan menyebabkan saya terpaksa parking di belakang bangunan dan berjalan agak jauh untuk membeli barang...



p/s: hari ni telah berjaya menyiapkan order yang banyak(agak banyak) dari adik Fiffy n kawan2 weeeee~

Tuesday, October 12, 2010

d lemma


assalamualaikum...

saya bingung~~~ huuu

sekirannya anda d beri peluang untuk sambung study dan bekerja, yang manakah pilihan anda?

tulun~ tulun~

eh bukan terus kerja, tp kena pegi training dulu then pastu kalu ok akan d serap..

hp case for Ereen

assalamualaikum...





adik2 yang lain, sila bersabar yah. kakak sangat malas minggu ini.. adeeeh~






Sunday, October 10, 2010

pertengkaran Adam dan Hawa

assalamualaikum...

"dont call me again"

wah agak kasar munyik nya...
kaum hawa kadang2 kelihatan agak agresif apabila pertengkaran berlaku. kenapa? saya pun xpasti! ahahahah.. dan yang pasti dalam kepala mesti terfikir,
" pasni kompom aku break ngan dia huwaa.."
menyesal xsudah sbb terlepas cakap. kebiasaannya mmg kaum hawa sll bercakap tanpa befikir dahulu (erk.. xsemua ok!) dan kaum Adam hanya membisu ( mgkin tgh bfikir nak cakap apa..mm)

pada pendapat saya, sebaiknya apabila pertengkaran berlaku,
salah satu pihak mesti bertolak ansur. kalu dua2 naik marah n maki hamun, InsyaAllah mmg xkekal lama hubungan tu (ehehhe sendiri punya thought!)


curik dari devianart- simplicityxii

ni saya kopi n pes kan dari Tentang Cinta

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

renung-renungkan dan selamat beramal~~~~~


Friday, October 8, 2010

Don't judge the book by its cover

assalamualaikum...

hari jumaat rupanya hari ni.. mmg kalu org xkeja or sekolah mmg xingat hari n tarikh!
hari ni nak cita sikit ( kira ngumpat jgk ke nih? erk!)

' Don't judge the book by its cover'

saya adalah budak remaja gadis yg sama seperti gadis2 yang lain d luar sana. ayu lagik pemalu (erm?) dressing pun macam gadis2 yang lain, menutup aurat bertudung. tidak ketat dan tidak jga longgar. saya tau adap2 dan tata susila sbg wanita muslim. ok d tamatkan cita, saya telah memberi pendapat bahawa 'puasa qada n puasa sunat tidak boleh d satukan' ( aku baru baca sbnarnya time raya aritu. tp aku xpena buat. syukur~) tp mgkin sesetgh org d luar sana tgk saya macam wanita muslim yang tidak boleh pakai. lalu tidak mempercayai kata2 saya. siap tanya sana sini betul ka tidak n menidakkan statement saya. mmg patut la dia selidik dulu. last2 tanya uztad blm abih bljar. dan uztad tu pun cakap benda yang sama. then saya link kan blog Uztad Zaharuddin. pastu org2 tu pun diammm...

pengajaran: jangan tgk org sbelah mata.ok! saya xmarah~

solat itu tiang agama. puasa setahun pun kalu tak solat sama jgk.. blm pernah lagik ada ayat mengatakan 'Puasa itu tiang agama'. aku terlalu emosi ketika ini. ada org cakap ngan aku
"bila nak puasa, org lain dah dua minggu puasa" tp stahu aku 'org lain' tu xpakai tudung n xpena nampak dia solat. waulahualam.. tp mmg xpena nampak. pada pendapat aku, kerjakan yang WAJIB lebih baik daripada mengerjakan yang sunat. kat akhirat nanti akan d tanya benda yang wajib dulu jgk. aku bukan nak cakap dia xbaik xpakai tudung, tp benda2 kecik macam ni semua muslimat tau hukumnya. mahu atau tidak sahaja...




kepada saya sangat emosional nih?

amalan saya ngan Allah, biar Allah saja yang tau. aku pena baca, org yang sedang berpuasa syawal lalu dia mengheboh2 kan, akan kurang pahala nya. amalan kita adalah semata-mata kerana ALLAH. bukan nak menunjuk2..

aku sbnarnya xsuka cakap bukan2 pasal org.. aku amek yg positive jer. ada org tanya jiran sblah repair ruma brp abis? jiran tu cakap dekat 90k. tp org tu xpercaya plak. repair ruma sampai 90k baik beli ruma, mesti tipu nih. suka hati dia la nak repair banyak mana pun! yang abis duit dia jgk...

macam makin panjang bebelan ku kali nih...

satu lagik, trend skrg kawen muda kawen tua.. kalu dah jodoh dia, dia suka. biar la dorg kawen. nak sanding pun apa salahnya.. dia yang pnya badan. susah senang dorang jgk yang tanggung. org2 ngumpat ni ada bantu tak? bantu tolong sebarkan ngumpat adalah... umur bukan menjadi masalah.

"KALAU ALLAH BERKEHENDAK, SIAPA PUN AKAN MENJADI JODOH MU"

p/s: jangan baca kalau xsuka. ok!

Thursday, October 7, 2010

sore throats

assalamualaikum..
apakah yang anda lakukan sekiranya tekak anda sakit?
a)minum air suam
b)minum air+ ice
c)terjun dalam air

ya.. betull~ semua pun bukan. jadi apa yg perlu d lakukan? dah tiga hari saya sakit tekak. baru hari ni terbeli Dequadin. dia cakap makan setiap 2-3 jam. tapi bolehkah makan setiap 2-3 minit?


p/s: semoga cepat sembuh~

Wednesday, October 6, 2010

dugaan, emosi dan jodoh..

assamualaikum..
petang td sambil tangan pegang jarum n benang, aku layan cita Asmara kt Youtube. aku sll terlepas nak tgk kat TV3 ( sbb aku dah pengsan atas katil!) aku sangat2 tersentuh ngan dialog antara Asmara n pak haji dalam surau tu..

" Nak. kenapa menangis?
Kau tak tahan dengan dugaan Allah?
bukanlah manusia dicipta untuk beribadah kepadaNya dan menerima pelbagai dugaan?
ujian Allah adalah tanda cintaNya kepada kita.
Jangan menangis bila di uji.
bersyukurlah kerana Allah memberi rahmat dan kasihNya.. kau patut bersyukur.."

dan saat ini aku banyak berfikir tentang dugaan yang diberikan ku..
kadang2 terlalu berat untuk difikir...

aku tiba2 terigat, ada kawan aku dalam FB post bait2 dialog dalam filem Ayat- ayat cinta..

"sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yang bikin aku kagum sama Mesir, iaitu Al-Azhar dan Sungai Nil. kerna tanpa Sunagi Nil, tak ada Mesir, dan tak ada Al-Azhar. "
" aku juga suka Sungai Nil. kalu tak ada Sungai Nil, pasti tak ada Mesir, tak ada peradaban. yang ada hanya gurun pasir . Kamu percaya jodoh Fahri?"
"iya.. Setiap orang memiliki.."
".. jodohnya masing2.. itu yang selalu kamu bilang. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh. Senangnya kalu kita bisa bertemu dengan jodoh, yang diberikan tuhan dari langit.."
" bukan dari langit Maria, tp dari hati..dekat sekali.."


p/s: post yang sangat emotional huhuuu~

di kejar pelajar sekolah

assalamualaikum..
erkk.. yer saya telah dikejar oleh beberapa pelajar sekolah rendah!

" kak bila nak siap keychain?"
"kak hairband dah siap?"

tu adalah antara ancaman2 yang telah d lontarkan kepada saya.. agaggagagaga...

maafkan kakak adik2 sekalian.. di sebabkan kemalasan dan penyakit emosi yg xpena surut ni menyebablan kelewatan order adik2 lambat siap... soorrryy~










semua ni adalah order from my niece's friends and kawan2 cousin kecik saya(sbb dia masih sekolah rendah lagik!)

p/s: sukarnya buat keja dalam emosi xstabil haissshh~

Sunday, October 3, 2010

patah!

Assalamualaikum...
:yawn:huargggh~

pukul 1.45am me+myparents+2 macik selamat sampai balik tawau... alhamdulillah~ semua selamat walaupun dalam perjalanan selama 8jam tu membuatkan jantung tu x henti dug dag dug dag!
dari tawau hari jumaat lepas solat jumaat di mulakan dengan kemalangan ngeri di jalan Kunak-Lahad datu antara
lori minyak n keta wira. memang dasyat la.. lori tu sampai tegolek n tayar tercabut (masa kami lalu tu kereta wira dah kena tarik ngan keta tunda. lori tu plak masih dalam keadaan tegolek- mcm mana nak bangunkan semula lori minyak yg dah tersadai?) aku xsempat nak amek gambar sbb bapak aku xberenti pun masa lalu tempat tu- ibu aku takut nak tgk! dalam hati aku banyak2 berdoa semoga perjalanan kami selamat..


mula2 nampak keta bomba..

pastu nampak keta wira nih.. mgkin masa ni penumpang dah d kejarkan ke Hospital

sila teka? haaa ini adalah bahagian atas lorry. sbb lorry tu dah terbalik. jadi nampak atas lorry saja ler..
sorry nampak x clear sbb time ni keta pun tgh gerak

sampai dkt simpang Sandakan plak, jalan rosak. mgkin tanah mendap n menyebabkan jalan tu macam jatuh ke bawah. di tambah dengan hujan renyai2.. hujan renyai2 pun kalau jalan rosak mmg menakutkan. dalam jam 9-10pm kami singgah kat Ranau makan n solat. suddenly, compressor keta plak pecah!
ya Allah dugaan apakah ini..? hujan masih belum berenti. dalam keadaan hujan+aircond not functioning, keta mmg xnampak jalan. nak buka tingkap, hujan. xbuka tingkap, cermin dpn keta plak be-wap. ya Allah.. mmg xnampak jalan. dah la jalan otw to kundasang berbukit2.. keta mmg xjalan. sampai keta blakang pun marah sbb keta lambat gerak. jadi kami terpaksa bermalam dkt kundasang. tu dah tiga resort/villa semua penuh.. alhamdulillah dekat ngan Kinabalu Park tu ada villa kosong.. syukurrrr~
pukul 6.30am esoknya kami sambung perjalanan ke KK...

sabtu, 4pm kami dah bertolak balik semula ke Tawau. sekali lagi hujan dkt area Tamparuli-Kundasang. tp masih ok lagik xmacam semalam. lagipun compressor keta dah kena tukar baru (ole2 bapak aku bw balik tawau ahahha) perjalanan KK- LD semua nya Alhamdulillah ok2 jgk even ada jgk keadaan yang mencemaskan. kami smp d LD hujan lebat gila yg mmg langsung xnampak jalan. aku xble nak tutup mata! kalau salah jalan, silap2 ble masuk parit!.. n Alhamdulillah lagik, dah jauh sikit dari LD hujan dan kurang. tp dalam perjalanan dkt Bukit Ular (masih dalam area LD) ada keta laju dari blkg ikut btul2 belakang keta kami. kami laju, dia pun ikt laju. mcam nak racing plak. macik aku jadi takut. dia terigt kawan dia pena cita kat area ni ada kumpulan Perompak yg canggih. dorg akan baling batu or objek besar+berat ke arah keta supaya keta tu berenti. then dorg akan rompak! haaaa.. aku pun 1st time dgr org rompak cam tu... bpk aku apa lagik, terus speed 140! ahahahaha nasib baik time ni aku dah pengsan dalam keta..
tepat jam 1.45am barulah kami selamat tiba d ruma....
Alhamdulillah.. aku bsyukur sangat kami sefamily selamat pergi n balik..



aku sempat rempat Roses ni kat Kundasang. RM5 only! waaaaa
ibu plak borong sayur~ weeee

P/S: aku lupa nak bagitau. kami ke KK hanya semata2 nak beraya bersama keluarga selama hanya beberapa jam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...