Pages

Thursday, September 30, 2010

telima kaseh incik posman!

assalamualaikum...
haaaa.. sampai pun pos express aku. pagi tadi aku dah ready2 dah nak menyerang pejabat pos tu huu..
tp hari ni kena siapkan jahit manik.. malam ni abang aku balek kl n bgi baju kakak aku tu.. aiyah~


wah.. comel x ribbon tu? kikikiki ni Kucinpurple yang watkan aku
button2 tu plak cam biasa, dari TamuJaja

telima kaseh semuaaaaa~


Wednesday, September 29, 2010

[No Subject]

assalamualaikum..
arggghhhhh...
sangat tensen hari ni..
menci menunggu...
sepatutnya sampai hari ni, tp incik posman sengaja nak cari pasal ngan aku...
kalu esok xsampai depan ruma aku jgk, aku nak gadoh ngan akak pos opis!
(hiperbola lagik! jgn percaya. saya adalah sangat penakut huhuu~)


Tuesday, September 28, 2010

Cik Lela n Myvi

assalamualaikum...

hari ni baru siapkan siganage car untuk cik Lela. dia baru rembat Myvi baru- kale putih. tu la watkan myvi putih jgk dalam signage ni kikikikiki...


p/s: bila aku nak rembat myvi jgk nih haisshhh~

Sunday, September 26, 2010

ganti puasa vs puasa sunat

assalamualaikum..
sbnrnya isu ni dah lama tp kadang2 kita xamek berat pasal nih. kebanyakan org sll gabungkan puasa qada' ni ngan sunat. boleh ka macam tu?

mari kita tanya uztad!

Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan:
i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-

Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)

• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 7

• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)

Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

telah di copy dan paste kan dengan jayanya dari Uztad Zaharuddin

Saturday, September 25, 2010

Pesona Fesyen

assalamualaikum semua....
signage door ni untuk Pesona Fesyen jgak..
bagi dia free gift hanger dress ni sbb lambat siapkan huhu.. dia dah order sblm raya lagik. tp akibat kemalasan perut moncit, aku malas2 nak buat... im sooriii~






p/s: hari ni sangat malas nak buat order.. haishh~


Friday, September 24, 2010

keychain

assalamualaikum..
post arini nak upload keychain saja..

ni dari Butik Pesona Fesyen. mula2 dia nak letak P-Fesyen. tp macam xcomel plak. pahtu bagitau dia wat dpn blkg macam ni pun ok. adil n saksama untuk Pesona n Fesyen heheh..



ni untuk kawan tuition my niece.. anak cikgu dia kikikikiki...



ni order paling jauh takat ni hehe dari Sempornaaaa~

pic credit to tuan empunya sbb aku lupa nak amek gmbr huhu

telima kaseh semuaaaaa~

Thursday, September 23, 2010

mari menjahit

assalamualaikum...
semalam aku telah bertungkus lumus dan bekerja keras (hiperbola.. jgan percaya) untuk menyiapkan pensel case untuk Ain. dia ni adek kawan aku..

oleh itu mari kita sama2 menjahit!
( aku nih sda lama xpegang mesin jahit. macam buta mesin jahit. semua butang2 kat mesin tu aku nak pegang mm..)

1. ni hasil selepas dah buat decoration atas felt. kena jahit jejulur dulu. in case dah teror pakai mesin jahit, baru xpayah nak jelujur..

2. haaa macam ni la kalu dah siap jahit zip..


3. kemudian jahit pulak tepi2 dia tu.. kalau boleh kemaskan yer.. ni buat xkemas lagik huuuu


4. bila dah siap jahit semua, terbalik kan semula pensel case nih... ni la hasilnyaaaa



ok itu saja untuk kali ni. bertemu lagik d lain siaran dan lain episod dalammmmmm.. Mari Menjahit~...
(wah kalah Nurul Syuhadah!)


Monday, September 20, 2010

park at your own risk!

have u ever, walking along the road like datin wannabe straight to your car and..

'tuit tuit' then.."erk.. napa xble buka nih?"
ok rilex.. once again.. 'tuit tuit' ..
"erkk! bole ka sepak pintu supaya pintu ni buka?"..ok rilex rilex.. maybe something wrong with the door...turn around, looking at your dashboard... and.....

"WT*@#*#@$%*!!" ...

sneak peek aroud u maybe somebody was looking at u and noticed what u did...

"argggg~ tidakkkkkk...~ bole ka tebuk ni jalan raya mo tanam muka dalam nih..?! napa boleh salah keta plak nih...~!!"

...
p/s: JANGAN PARKING KETA BERSEBELAHAN DGN KETA YANG SAMA DENGAN ANDA, ALTHOUGH IT'S DIFFERENT COLOR. PARK AT YOUR OWN RISK!

curik dari encik Google~

Sunday, September 19, 2010

demammm

aku demam. malam semalam lagik. pas tu kena headache pulak...
dan hari ni dah xtahan, kena pegi jumpa itu encik Dr. jgk huhuuu



dan telah diberikan ubat demam, pening, painkiller, n migraine. erk.. adakah aku telah tersalah sakit? aku macam xpernah sakit migraine tp sll headache jgk mm...

p/s : doakan saya cepat sembuh! >_<


Friday, September 17, 2010

hari ini hari Jumaat yang sangat memenatkan!

assalamualaikum...
saya sangat penat arini ni..

6.45am - pegi airport hantar my sis nak balek selayang..
8.00am- baru balek dari airport then hantar ibuk plak pg pasar
9.00am- pegi Pejabat Pandaftaran nak minta pengesahan mykad ( xpernah2 no.giliran beratur panjang, arini kena tnggu 12org lagik!)


9.45am- pegi uitm tp tutup! next!
10.00am- pegi Pejabat Pelajaran Daerah minta sign surat sokongan.. ( sukur la jgk, arini lepas plak masuk PPD)

10.30- selamat pos with Nationwide~..
ahh~ baru lega...



tapiiiiii.....!

esok cuti!! pejabat pon cuti..~ huuuuu...

tawakkal jer la...

p/s: budak kecik ni dah balek... ruma akan kembali sunyi huhuu...

Thursday, September 16, 2010

my bff - SUZI

salam semua...
ni feltcraft yang di buat secara laju2 (erk!) sbb my bff ni nak balik kampus ngan lajunya jgk.. nasib baik sempat siap. dia dah bagi warning kalu xsiap kuikuikui...


signage untuk dia n ehem2 dia ehehe...
comel x? dia sendiri yang minta nak buat lop2 besar nih..


ni pulak pensel case. payah jgk nak membuat pensel ni ye..mmm






p/s: hari ni cuti 16 Sept. kena cakap jgk. sbb aku dah plan2 nak pg pos surat ari ni tp lupa cuti la pulak... hopefully tomorrow dapat selesaikan semua urusan surat-mnyurat nk sambung study tu..

keychain for Adee n parents

salam semua...
keychain ni dah lama siap, b4 budak2 start cuti sekolah lagik. tp xsempat2 nak upload huhuhuu.. ke-bz-an yang melanda diri...
ada banyak lagik order keychain ni dari kawan2 my niece, tp ada xsiap lagik... jadi upload yang ni dulu..




p/s: badan sakit2, ni penangan basuh kain 4 bakul la nih..haishhh~

Wednesday, September 15, 2010

hairband for kids

salam semua...
raya ni ramai plak gadis2 cilik (kecik)http://www.cute-smiley.com nak raya bergaya..
xmau kalah dgn gadis2 suntihttp://www.cute-smiley.com yg pakai tudung syria..







Monday, September 13, 2010

Salam Aidilfitri

forgive me for the silence...
bz with Hari Raya..
bz with my nieces n nephews...
bz with my feltcraft..

huuu... kadang2 macam rasa xlarat nak buat order banyak2..
tp bila xde order, rasa bosan yg amat plak...

next post will update with new ordered http://www.cute-smiley.com


p/s: raya yang sangat penat. napa la time2 raya ni paip nak bocor plak...

Wednesday, September 1, 2010

alhamdulillah

salam semua..
keychain ni kawan2 my niece yg order.. budak2 confirm la suka yg comel2 nih ngeee....
telima kasih adek~





hp case n hanger ni plak kawan my sis (^_^)






p/s: rasa xsedap hati xda hadiah untuk panglima saya :(

Blog My Lovely Ribbons n Laces SPECIAL GIVEAWAY

assamualaikum bloggers..

this morning i was blogwalking n found a blog was made a Give Away wohOooo.. never try before. so di mulakan dengan bismilillah.. i want to join it~ ngeee

The Give Away was made to celebrate tuan punya belog birthday sempena bulan Ogos@bulan kemerdekaan kita. wah baik sungguh tuan belog nih. ok la tu sempena bulan puasa nih elok jgk kan ngeee...

ni dia pnya iklan


Salam to everyone..
August is a special month for me...cos I was born in August!!
and we celebrate our National day is in August too..
So...I am giving away items in occasion of my birthday end of August.

Here are the instructions on how to join this giveaway... very simple, right? :-
1- This giveaway is for followers ONLY.(Be a follower if you are not)
2- Publish the news in a post in your blog. (You can use the picture above.)
3- Link My Lovely Ribbons N Laces in your blog list.
4- Leave a comment saying that u r joining the giveawa
y.

haaa... very easy maaa...closing date esok! cepat klik kt bawah nih!
MY LOVELY RIBBONS AND LACES

and the prizes are...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


mesti la ribbons yang comel2~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...